Wednesday, 20 November 2013
Keluhan hati time semester break
Apa yang terjadi baru-baru ni mengingatkan aku kpd sirah Nabi Yussuf. Pasti semuanya tahu kan kisahnya bagaimana? Ya, kadang kala kita terlalu leka dengan kisah- kisah dongeng yang direka Yahudi laknatullah yang sebenarnya meracun pemikiran anak-anak bangsa sekarang. Contohnya, Cinderella sanggup membohongi ibu tirinya untuk ke pesta tarian di istana, Snow White tinggal dengan 7 lelaki bukan muhrim, Sleeping Beauty sanggup biarkan lelaki yang bukan muhrim menciumnya dan macam-macam lagi. So, sebab tu banyak kes- kes sosial berlaku seperti pergaulan bebas dan anak-anak sekarang pandai berbohong. Aku pun penggemar filem-filem fiksyen sains. Kadang-kadang terasa diri sendiri ni ada jugak buat benda tak baik. Para ibu bapa seharusnya menceritakan kisah perjuangan sirah Rasulullah dan para sahabat. Begitu juga kisah-kisah nabi yang terdahulu. Dulu, zaman- zaman sekolah rendah, bersyukur sangat sebab mak dan abah hantar ke sekolah agama petang-petang. Belajar mengaji, sirah, aqidah, tajwid, bahasa Al-Quran, dan macam-macam lagi Ilmu Ukhrawi. Alhamdulillah berkat kesungguhan mak dan abah, aku berjaya jejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa. Tapi baru asasi. Sepanjang hidup ni, aku dapat perhatikan Allah sangat menjaga aku. Allah letakkan aku dalam kalangan orang yang terjaga akhlak mereka. Aku ada famili yang sangat sayangkan aku, kawan-kawan yang ambil berat, guru-guru yang prihatin. Terima kasih. Insha Allah, semua jasa mereka akanku balas walaupun dengan secebis doa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment