Sunday, 5 January 2014

Assalamualaikum bumi CFS tercinta- institusi kesayangan > Kenangan kat rumah

Assalamualaikum sume. Hrmm, saje nk share story n my feeling. Awal bulan 11, aku menjerit2 sebab nak blik CFS, tapi ade sebab tertentu tak boleh nak dielakkan. Allah bagi peluang kat aku nak berbakti kat mak abah. Yelah, sejak tingkatan satu aku menjadi hostellian kat SM Ahmad Boestamam sampaila mengecapi kejayaan 9A dalam PMR. Alhamdulillah diterima msuk ke sebuah sekolah berasrama penuh kat Kajang, Selangor. Kalau diikutkan sejarah, akulah satu- satunya anak Dr. Azian (cewah) yang dapat merantau jauh menimba ilmu sejak alam persekolahan lagi. Jadinya, dengan scara rasminya ku menyambung status hostellian sampai tingkatan 5. Then, dapat la panggilan join PLKN kat Sg. Bakap, Penang selama 2 bulan 2 minggu jugak la kat sana. Totalkan semua masa nk duduk rumah agak dalam 2 bulan sahaja sebelum ke Kolej Matrikulasi Kedah. Pada 15 Jun (kalau tak silap) aku register Pusat Asasi UIA kat PJ. Memang kalau dulu tolong mak masak kat dapur tu, tolong2 potong bawang and so on. Pastu run, run, buat tak tahu. hehe.. Takdela smpai gitu.

Bonus cuti 3 bulan aku kat rumah ni, macam- macam jadi kat aku. Aku belajar masak sungguh- sungguhlah walaupun aku tak tahula siblings ku nampak tak kesungguhan tu.. ke sama je..=='. Sekarang ni aku boleh dah masak kari, gulai lemak n puding roti. Itu sebahagian. Tapi kawan- kawan aku best, bagi support. Hehe. Aku taklah berapa pandai masak sebenarnya.

Duduk rumah aku jadi surirumah kedua yang asyik kne leter dek mak aku. hahaha.. tapi buat je walaupun kna tahan telinga ni. Best sebab aku suka memerap kt rumah. Aku belajar satu benda, ank dara tak elok asyik keluar je, dengan family tu lainla. The reason is nowadays, the world is very2 cruel. Bahaya. Takut juga. As Muslimah, we have to cover our aurah bcoz we are precious creatures. Betul tak? Mahram n suami kita je boleh tengok. Im still in hijrah. Sikit- sikit. Give me support and doa.

Aku ikut abah pergi kebun dia. Tolong ambil buah sawit. Ingat senang ke dan jangan fikir tu kerja hanya untuk lelaki, perempuan boleh apa. Tolong sikit- sikit. Aku tak harap pun abah aku bagi upah, tapi tu rezeki. Dapatla sikit duit belanja. Actually tak nak susahkan abah. Abah tu kuat orangnya. Cekal dan sangat mengambil berat pasal anak- anaknya terutama sekali bab pelajaran. Alhamdulillah now aku berada di tangga kejayaan. Jadi nak naik kena usaha. Tak boleh makan tidur je menghabehkan boreh jo.

Cuti- cuti ni pun menziarah maksu kat Taiping sambil- sambil libur. Libur tu ape?? Libur tu cuti. suka guna words baru. Mandi -manda. Sebenarnya semua tu adalah cara kita nak rapatkan ukhuwah dalam keluarga. Luangkan masa. Sebenarnya aku ni mabuk kenderaan, tapi tahan je. New year haritu kakak aku masuk hospital. Kesian dia. Dan yang paaaaaling mengujakan tahun ni, kakak aku yang belajar kat UM tu nak graduate dah bulan 10 ni. I will get new family member...Tak tahu lagi lelaki ke perempuan. Kalau perempuan means cucu perempuan sulungla. Waaaahh, tak sabar sebenarnya. InsyaAllah semuanya baik.

Lastly, setiap apa yang Allah takdirkan tu, semuanya adalah yang paaaaaaling baik. Aku selalu doa agar dikurniakan kebaikan didunia dan juga akhirat. Tu yang paling penting. Kalau nak kira, terlalu banyak hadiah yang Allah dah bagi. Beruntung sanagat sebenarnya kita ni. Yang paling penting, jom bertahmid seketika. Baca kuat- kuat!!!! ALHAMDULILLAH. Tahniah!! satu tanda kesyukuran kita kepada Allah.
  

SEKIAN


P/s walaupun cuti dah nak habis, tapi sempat tengok ending Pencetus Ummah.. >_<






No comments:

Post a Comment