Kisah Zulaikha dan nabi Allah,Yusuf
terdetik dihatiku untuk aku coretkan, sebab menarik dan sangat
bermakna buat aku.
Kisah bermula Yusuf di ambil oleh Raja Al-Aziz
yang kaya menjadi anak angkatnya. Ternyata Yusuf membesar menjadi
seorang yang tampan. Dikatakan ketampanannya 9:10 ketampanan
lelaki-lelaki yang wujud di muka bumi Allah ni.
Manakan tidak,
sehingga Zulaikha terlalu mencintai Yusuf. Zulaikha sanggup mencuba
apa jua cara sekalipun asalkan Yusuf dapat menjadi miliknya. Itulah
ujian Allah buat seorang wanita yang lemah digoda syaitan.
Zulaikha
sanggup menggoda Yusuf dan menabur fitnah pada Yusuf sehingga sanggup
untuk menodai Yusuf. Tetapi Allah Maha Adil.
Zulaikha terbukti
bersalah dan diceraikan suaminya. Dia juga dibuang Raja Al-Aziz.
Setelah Yusuf dipenjarakan setelah doanya diperkenankan oleh Allah,
dia menjadi seorang yang hebat. Zulaikha pula menerima hidayah Allah.
Di dalam hatinya cuma ada Allah Khaliq yang Azim.
Suatu hari, ketika
berada di sebuah pasar, yusuf pada ketika itu merupakan insan yang
hebat dan terkenal menjumpai Zulaikha. Pada ketika itu, rupa paras
Zulaikha yang cantik dan rupawan, Allah hilangkan.Di tukarkan
seperti seorang nenek tua yang tidak mempunyai daya penarik lansung seperti dahulu.
Yusuf
bertanya siapakah insan yang berada di hadapannya. Zulaikha pun
menjawab bahawa dialah insan yang telah cuba menghancurkan iman
Yusuf. Kerana rahmat Allah, Yusuf mengambil Zulaikha sebagai
isterinya.
Zulaikha dikurniakan semula kecantikannya yang berganda
cantiknya daripada wajah asalnya. Allah takdirkan Yusuf pula yang
mengejar cinta isterinya itu sepertimana Zulaikha mengejar Yusuf
ketika Zulaikha cuba menggodanya.
Kalau jodoh tak kemana kan?!
Sweet tak????hikhikhik
No comments:
Post a Comment