Pernah tak kadang- kadang rasa down, tak bersemangat, stres dan segalanya negatiflah. Apa benda pertama yang kita fikir? Kadang- kadang kita akan mencari kesalahan orang lain, mengatakan yang kita ini betul. Betul tak. Kadang- kadang pernah tak kita terfikir apa yang kita lakukan berpaksikan niat kita sama ada baik ataupun sebaliknya? Cuba fikirkan. Dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa (sebab aku adalah mahasiswa), ataupun pelajar sekolah, tadika pun bolehlah...kenapa kita rasa macam tu???Ha kenapa?
Kenapa?
Jawapannya (berdasarkan pendapat aku)....
Semua tu datangnya dari minda negatif kita. Yelah, kadang- kadang kita penat dan letih. Kadang- kadang kita selalu mengeluh, "penatlah",, " ah! aku dah tak larat nak buat semua kerja tu". Dan kadang- kadang suka salahkan orang lain. Aku tulis ni sebab tu salah satu perangai tak best bagi diri aku. Kakak usrah aku kata, semua tu perlu dilawan. Dengan apa? Jihad! Jihad terhadap diri sendiri adalah salah satu jihad yang kadang- kadang susah nak dilaksanakan. Kadang- kadang kita asyik suka melengah- lengahkan untuk berubah, dan suka hasut diri kita. Tak dapat hidayahlah.. Tak ready lah. Aku ni tak layaklah jadi baik. Lianna Allah dah jadikan kita ini fitrahnya baik. sejahat- jahat manusia pun kalau Allah sayangkan dia, dia boleh menjadi baik.Pengalaman aku sendiri. Dulu aku bukanlah seorang yang Muslimah yang perfect. ~ Takde pun manusia perfect selepas Rasulullah ~..Ujian yang datang kepada aku adalah ujian untuk solat. Masa kecik dulu, aku pernah menangis sebab kena paksa solat. Solat fardhu faveret aku masa tu adalah solat Maghrib. Sebab tu adalah solat yang simple bagi aku. Jadi tengahari tu, mak long aku suruh aku solat. Jadi aku pun solat, tapi, mata aku memandang ke televisyen yang tengah tayang drama apa ntah. Aku pulak memang seorang yang manja. Tiba- tiba opah saudara aku tegur..ahaha,,, tak semena- mena air mata aku meleleh. Yelah, dahla kena paksa, pastu kata- kata opah saudara aku tu memang pedas dan tak memberi sokongan lansung...Hahaha.
Seterusnya, aku duduk asrama. Solat fardhu aku terjaga kat sana. Tapi, bila balik rumah, rasa malas yang amat. Malas beno nak solat. Aku ni cepat stres kalau buat salah. Tapi aku teringat kata- kata kakak aku. Masa tu nak pergi Teluk Batik. Dia tanya pada aku dan sepupu- sepupu aku sama ada kami dah solat sebelum jalan- jalan. Kami pun jawab tak. Aku jenis tak berani bohong. Kata- kata dia, "kalau kome (kamu semua) ditakdirkan mati masa tengah on the way ni, dengan keadaan berdosa sebab tinggalkan solat, apa kamu nak jawab dengan Allah?". Aku tersentap. Sampai sekarang aku masih lagi teringat kata- kata dia.
Start pada hari tu aku tak berani nak tinggalkan solat. Tapi ujian demi ujian datang. Kadang- kadang dulu selalu tinggalkan subuh, sebab bangun lambat, pastu Isyak sebab tidur awal. Jadi, aku lawan sebab memang banyak bagi kesan negatif terutamanya terhadap akhlak dan akademi. Alhamdulillah aku dapat lawan segala anasir- anasir negatif berkaitan solat. dah besar ni, aku makin faham, Allah jadikan solat ni sebagai alat/ medium untuk kita berbicara denganNya. Allah akan uji kita dengan macam- macam ujian. Lagi banyak ujian, lagi besar kasih sayang Allah kepada kita. Kita akan jadi lebih matang dan bersedia bila menghadapi ujian yang bermacam- macam ni.
Lepas solat Maghrib tadi, kak long jiran satu level kat bilik aku tu, mai bilik ni ha. Muhasabah diri bersama-sama kami. Dia banyak share dengan kami pengalaman hidup dia ketika berada di alam persekolahannya. Dia kata, kadang- kadang bila kita nak dakwah, kita kena masuk dalam situasi mad'u tu. Jangan kerana menganggap kita ni terlalu baik kita hina, perli. Lagilah jatuh semangat dia untuk berubah. Sebabkan perangai yang satu ni, mad'u -mad'u yang kita nak dakwah ni akan automatik memandang serong kepada si daie. Macam kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita pun taknak dilabelkan sebagai kolot wa poyo wa hipokrit daripada mereka. Buang sifat memandang rendah terhadap golongan sebegini. What you gives, you will get it back. Jahat kita bagi, lagi buruk Allah buka aib kita. Jadilah seperti sebatang pokok, walaupun dicampak dengan batu, tetapi tetap menghasilkan buah dan memberi manfaat kepada umat manusia.
Lagi satu, kita kena selalu berfikiran positif atau bak kata sape- sapelah, Husnuzon dengan sesetiap pahit getir yang kita lalui. Kerana hidup ni penuh dengan hikmah. Formulanya senang je. Buat sesuatu tu untuk mencari mardhatillah yakni keredhaan Allah. Bila kita lakukan sesuatu kerana Allah, kita akan rasa setiap kerja akan menjadi senang. Bila rasa nak buat kemungkaran dan pendustaan, fikirkan sama ada perbuatan itu mendapat redha Allah atau tidak. Bila Allah redha, hidup akan berkat. Tapi syaratnya, sentiasa berjihad di jalan Allah,
amalkan konsep amar ma'ruf wa nahi mungkar. Think positive, you will act positively! My life's motto.
Syukran kathir. Kun Haziran!
Syukran kathir. Kun Haziran!