15 Mac 2014, hasrat aku untuk membeli jurnal inspirasi dan planner akhirnya diizinkan Allah. Cuma tugas aku kali ini, perlulah menggunakan jurnal dan planner tu sebaik mungkin dan istiqamah dalam usaha untuk ubah diri, perbaiki diri serta apa yang aku impikan untuk menjadi seorang yang berjaya dari segi akademik, pengurusan masa, ekonomi, sahsiah, Habluminallah dan Habluminannas.
Meskipun harganya jurnal yang nipis tu agak mahal, tapi tak bermakna aku tak mampu beli. Dengan rezeki yang ada, aku gunakan juga untuk sesuatu yang baik. Tak salah kan?
Doakan aku berjaya mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik. Menjadi yang terbaik antara yang terbaik.
JURNAL INSPIRASI_by PROF MUHAYA |
PLANNER--pemudah urusan aku |
1. Monthly planner- catatkan semua program, aktiviti, tarikh- tarikh penting spt peperiksaan besar
2. Weekly planner- catatkan semua aktiviti yang perlu dilakukan secara detail mengikut minggu, exp: tarikh due date hantar assignment, meeting, tarikh test, kuiz.
3.Things to do- exp: outing, revision, task and assignment, hafal Quran
4.Notes- catatkan sebarang perkara untuk memtangkan diri kita/ arahan- arahan lecturer.
Yang menariknya, dalam planner yang aku ada ni mengandungi kata- kata penguat semangat daripada tokoh- tokoh di dunia ni serta ada Mutabaah Ibadah kita. Jadi, kena rajin menanda!
The last, tengok hasilnya.. Jom! Sama- sama!
Tapi sebelum tu, kan aku kata 3 benda penting dalam hidup aku, yang lagi satu adalah Terjemahan Al- Quran yang aku sayangi. Terjemahan Al- Quran tu adalah hadiah pemberian sahabat aku ketika tingkatan 4 semasa bersekolah di SMAP Kajang. Walaupun rupanya tak seelok dulu, tapi aku tekad menjaganya. Disebabkan saiznya yang kecil, senang aku nk bawa..Bukan takde yang besar, ada je, tapi yang tu lagi senang aku nak guna.
Asalnya warna Hijau, tapi dibalut dengan kertas pembalut merah.. |
Kalau sehari aku tak baca, aku dapat rasakan, ada sahaja perkara sia- sia aku lakukan.. Betapa hebatnya kuasa Allah yang Allah sampaikan melalui KalamNya. Terima kasih buat sahabat yang aku sayangi sebab mendorong aku untuk melakukan sesuatu yang baik. Besar pahala yang diperolehi. Niat nak menjadi Hafizah tu ada juga, tapi rasa tak mampu.
Nak mengahafal bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan usaha dan disiplin yang tahap superb duperblah. Tapi apa- apa pun, tolonglah doakan ye. Hrmm, dalam sibuk- sibuk ni, jangan kita abaikan tugas kita sebagai khalifahNya. Berat tu! Sentiasa positifkan diri, hargai masa, hargai kebolehan diri..
Sengaja aku kongsikan sebagai cadangan buat kawan- kawan yang lain. Nak bantu antum sebagai pelajar dalam mengurus masa. Apabila terurus masa, maka segalanya pasti terurus. ^_^
No comments:
Post a Comment