Monday, 19 May 2014

Just sharing

New semester is just around the corner. 8th June 2014. Belek- belek CFS IIUM Chatting Group tu, macam- macam soalan ditanya batch 2014/2015 kepada bakal- bakal senior. Sebagai bakal senior (sebab post ini ditulis pada 20 Mei 2014), apabila kita terlalu banyak Tanya, bagus. Nampak keterujaannya disitu. Tetapi yang tak bestnya, macam- macam dah tahu sebelum masuk ke sesuatu kawasan.

Tahu antum semua takut, tapi kat sini nak kongsi pengalaman menjadi pelajar tahun pertama yang ana sendiri lalui.
Pertama, ana merupakan pelajar lepasan SPM yang menuntut di sebuah sekolah agama dibawah kerajaan persekutuan. Sebuah sekolah berasrama penuh. Ketika di bangku sekolah, ana bukanlah seorang pelajar yang sentiasa didedahkan dengan system pendidikan Malaysia, jadi hanya apply matrikulasi sebab masa tu memang bercita- cita nak ke matrikulasi KPM.
Apply 3 buah kolej matrikulasi, iaitu KMPk, KMS,dan KMPP.. Selain itu, apply UPU sahaja. IPG dan sebagainya,,, tak apply sebab tak faham pro n consnya.
Dalam UPU, pilihan UIA sebanyak 3 jenis jurusan, Bahasa Arab, Sains Kemanusiaan, Kejururawatan. Apply punya apply, ceritanya tak dapat. Matrik dapat pulak, tapi jauh la pulak. Kolej Matrikulasi Kedah. Alhamdulillah masih diutara.
Nak tak nak, sebab hati dah berat pergilah juga. Tapi sebelum tu, hantar juga proposal ke pejabat Pusat Asasi UIAM. Tapi paksu yang settlekan semuanya sebab paksu dah kerja di CFS lebih 20 tahun. Tapi tak menaruh harapan lansung sebab fikir susah. Yelaa, UIA kan antara universiti terhebat di Malaysia (juga u pilihan masa kecil). Tapi memang serius tak berharap, cuma terpulang kepada Allah sama ada dapat.
Duduk menjadi pelajar KMK selama 3 minggu, dah rasa seronok kat sana. Tapi malam tu, selepas solat Isyak, hati tergerak nak solat hajat. Buatlah. Dalam doa, ana Tanya dan minta pada Allah, jika tempat ana di KMK, kekalkanlah. Sekiranya bukan di KMK, tempatkanlah di tempat yang lebih sesuai dan lebih baik. Then tidur.
Esok pagi, dah rancang nak beli barang kat C-Mart Changlun dengan salah seorang roommate, kira dalam waktu tengah hari cadangnya nak keluar. So pagi tu lepas sarapan, duduk- duduk dengan roommate. Tiba- tiba, dapat satu panggilan dari Kuala Lumpur. Dalam hati, “eh, siapa ni?.. Then jawab. Seorang wanita di talian. Ana bahasakan Miss.

Ana: Assalamualaikum.
Miss: Waalaikumsalam. Ini cik Munirah binti Shaari ke?
Ana: Ya saya.Ada apa ya.
Miss A: Saya daripada Pejabat A and R Pusat Asasi UIAM. Saya nak maklumkan permohonan dalam jurusan IRK atau Islamic Revealed Knowledge cik diterima. Cik dikehendaki membuka satu laman web yang saya beri, kemudian click Accept atau reject. (miss A bg link).
Ana:ok.( pi ambik kertas n salin link yang miss A bagi)
Miss A: Pendaftaran pada hari sabtu daripada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Ana: Bila miss?
Miss A: Esok pagi. Ya hari ini Jumaat.
Ana: Ya Allah, tapi kalau saya terima, dan daftar lambat macam mana?Boleh ke? Saya ada di  Kolej Matrikulasi Kedah ni. Jauh ni.
Miss A: Hrmm….. boleh tapi cik perlu faks kan surah delay daftar sebelum 12 pm esok.
Ana: Oh, macam tu, Terima kasih.

Dalam hati ini, Ya Allah,, macam mana ni? Minta roommate pinjam laptop dan survey pasal course IRK. Then bagitahu mak nak buat apa. Mak kata cuba Tanya nyah( kakak). Kakak kata kalau minat, pergilah. Tapi masa tu fikir kesian kat mak abah nak ambil jauh.
Last- last Tanya abah. Abah suruh pergi juga. Ok. ACCEPT!
Petang tu pergi outing dulu sebab mak kata nak ambil Ahad memandangkan memang cadang nak ambil surat keluar kolej kat HEP KMK. Pergilah outing macam biasa, tapi tempat lain. Pergi jalan- jalan kat Jitra Mall. Kononnya nak raikan saat- saat terakhir bersama. Then sempat juga roommate semua belikan hadiah hari lahir.
Masa makan tengah hari kat rumah seorang kawan n, tiba- tiba mak call kata nak ambil haritu juga. Dean kata klau tak daftar Sabtu, kena tunggu masuk bulan 11. Agaklah.. Tapi kata kat mak.
Ana: Mak,takpe ke? Duit semua dah bayar.
Mak: Takpe, duit boleh cari. Siap semua barang, print surat semua. Pkul 3 mak gerak ambik kamu.
Ana: Ok.
Bagitahu roommate nak balik cepat. Nak kemas barang. Kami pun balik.
Sampai ke kolej, sebelum tu bagitahu schoolmate semua nak pindah UIA. Berlari- lari nak balik bilik, tiba- tiba salah seorang schoolmate panggil dari jauh. Rupa- riupaya mereka dah menunggu. Berlari then terus menangis sambil peluk kawan. Berderai- derai air mata sebab perasaan masa tu tengah bercampur baur. Thnks pada Widad, Sal dan Yana sebab pujuk ana.
Rupanya felo dah dua tiga kali panggil nama sebab dia risau. Ana berlari prgi bilik gerakan felo nak isi borng. Mak aih, ramainya dapat tawaran. Sebelum tu terjumpa Insyirah. Masa tu Insyirah tengah print surat tawaran. Dia pun dapat course yang sama. Selamat berjumpa! Ana pesan pada dia.
Then lari ke bilik gerakan felo. Masa tu ingatkan nak jumpa Miss Aza, felo merangkap lecturer MUET. Tak dapat juga jumpa. Takpelah.
Naik- naik bilik je, tersilap level. Rupanya salah level 3 sedangkan bilik kat level 4. Masuk- masuk, semua barang dah siap di kemas. Terkejut juga tapi memang dah boleh agak. Thanks sangat- sangat pada roommate- roommate tersayang, Ella, Raja dan Izzati sebab tolong kemaskan. Alhamdulillah tergerak hati sehari sebelum nak basuh semua baju. So, settle Cuma tunggu mak sampai. Then text classmate. Kena bagitahu budak bising sorang ni nak pindah. Habisla senyap sunyi dah kelas tu.
Pukul 9 malam bergerak ke Kuala Lumpur. Pukul 3 pagi sampai di Tanjung Malim. Rehat habis. Segala surat menyurat, form memang tak tengok dah.

SEMASA PENDAFTARAN
Kawan baik pesan pakai tudung putih. Tapi tibai je pakai tudung ungu. Dia hanya pesan pasal APT, EPT dan FKT sahaja, mahallah n bla..bla..bla.. disebabkan takde tudung putih dank ain putih, pinjamla paada schoolmate.
Memang macam rusa masuk kampong tak tahu apa- apa. Pergila daftar segala benda,bayar yuran.Ha, tak tahu apa- apa lansung. Tak tahu pula Puan Sri Banun mencari- cari. Haha. Dapat Mahallah Zainab. Tapi tingkat paaaaling atas. Tak tahulah macam mana mak abah abang angkat barang- barang tu semua.

Masa tula tahu ada Taaruf Week. Exam tu, test ni. Apa tu exempted. Macam budak darjah satu. Kenal kawan- kawan baru. Ingatkan depe ni makan orang. Haha. Takdelah.
RAFEST, SMAC ana kenali semua ketika di CFS..memang masuk tak ada taaruf lansung.

Akhirnya, sampai juga penghujung semester akhir 2013/2014..ISRAK, AGD, DNW, PUBPRO,ENTREP,MEDCY,FOCHUSS,MELEX,MAHALLAH ZAINAB JAHSY,JUWAIRIYAH,KHAULAH AL AZWA, CAFE E, ALI BISTRO, Usaz Sudan, ustaz Kadir..huhh..macam- macam. Tak da beza pun Antara masuk dengan penuh persediaan dengan masuk dengan tak tahu apa- apa. Dua- dua berjaya survey life kat sini. Tapi advance la klo thu sikit- sikit. Kenangan lebih lagi pada yang tak tahu.