New semester
is just around the corner. 8th June 2014. Belek- belek CFS IIUM
Chatting Group tu, macam- macam soalan ditanya batch 2014/2015 kepada bakal-
bakal senior. Sebagai bakal senior (sebab post ini ditulis pada 20 Mei 2014),
apabila kita terlalu banyak Tanya, bagus. Nampak keterujaannya disitu. Tetapi
yang tak bestnya, macam- macam dah tahu sebelum masuk ke sesuatu kawasan.
Tahu antum
semua takut, tapi kat sini nak kongsi pengalaman menjadi pelajar tahun pertama
yang ana sendiri lalui.
Pertama, ana
merupakan pelajar lepasan SPM yang menuntut di sebuah sekolah agama dibawah
kerajaan persekutuan. Sebuah sekolah berasrama penuh. Ketika di bangku sekolah,
ana bukanlah seorang pelajar yang sentiasa didedahkan dengan system pendidikan
Malaysia, jadi hanya apply matrikulasi sebab masa tu memang bercita- cita nak
ke matrikulasi KPM.
Apply 3 buah
kolej matrikulasi, iaitu KMPk, KMS,dan KMPP.. Selain itu, apply UPU sahaja. IPG
dan sebagainya,,, tak apply sebab tak faham pro n consnya.
Dalam UPU,
pilihan UIA sebanyak 3 jenis jurusan, Bahasa Arab, Sains Kemanusiaan,
Kejururawatan. Apply punya apply, ceritanya tak dapat. Matrik dapat pulak, tapi
jauh la pulak. Kolej Matrikulasi Kedah. Alhamdulillah masih diutara.
Nak tak nak,
sebab hati dah berat pergilah juga. Tapi sebelum tu, hantar juga proposal ke
pejabat Pusat Asasi UIAM. Tapi paksu yang settlekan semuanya sebab paksu dah
kerja di CFS lebih 20 tahun. Tapi tak menaruh harapan lansung sebab fikir
susah. Yelaa, UIA kan antara universiti terhebat di Malaysia (juga u pilihan
masa kecil). Tapi memang serius tak berharap, cuma terpulang kepada Allah sama
ada dapat.
Duduk menjadi
pelajar KMK selama 3 minggu, dah rasa seronok kat sana. Tapi malam tu, selepas
solat Isyak, hati tergerak nak solat hajat. Buatlah. Dalam doa, ana Tanya dan
minta pada Allah, jika tempat ana di KMK, kekalkanlah. Sekiranya bukan di KMK,
tempatkanlah di tempat yang lebih sesuai dan lebih baik. Then tidur.
Esok pagi, dah
rancang nak beli barang kat C-Mart Changlun dengan salah seorang roommate, kira
dalam waktu tengah hari cadangnya nak keluar. So pagi tu lepas sarapan, duduk-
duduk dengan roommate. Tiba- tiba, dapat satu panggilan dari Kuala Lumpur.
Dalam hati, “eh, siapa ni?.. Then jawab. Seorang wanita di talian. Ana
bahasakan Miss.
Ana: Assalamualaikum.
Miss:
Waalaikumsalam. Ini cik Munirah binti Shaari ke?
Ana: Ya
saya.Ada apa ya.
Miss A: Saya
daripada Pejabat A and R Pusat Asasi UIAM. Saya nak maklumkan permohonan dalam
jurusan IRK atau Islamic Revealed Knowledge cik diterima. Cik dikehendaki
membuka satu laman web yang saya beri, kemudian click Accept atau reject. (miss
A bg link).
Ana:ok.( pi
ambik kertas n salin link yang miss A bagi)
Miss A:
Pendaftaran pada hari sabtu daripada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Ana: Bila
miss?
Miss A: Esok
pagi. Ya hari ini Jumaat.
Ana: Ya Allah,
tapi kalau saya terima, dan daftar lambat macam mana?Boleh ke? Saya ada di Kolej Matrikulasi Kedah ni. Jauh ni.
Miss A:
Hrmm….. boleh tapi cik perlu faks kan surah delay daftar sebelum 12 pm esok.
Ana: Oh, macam
tu, Terima kasih.
Dalam hati
ini, Ya Allah,, macam mana ni? Minta roommate pinjam laptop dan survey pasal
course IRK. Then bagitahu mak nak buat apa. Mak kata cuba Tanya nyah( kakak).
Kakak kata kalau minat, pergilah. Tapi masa tu fikir kesian kat mak abah nak
ambil jauh.
Last- last
Tanya abah. Abah suruh pergi juga. Ok. ACCEPT!
Petang tu
pergi outing dulu sebab mak kata nak ambil Ahad memandangkan memang cadang nak
ambil surat keluar kolej kat HEP KMK. Pergilah outing macam biasa, tapi tempat
lain. Pergi jalan- jalan kat Jitra Mall. Kononnya nak raikan saat- saat
terakhir bersama. Then sempat juga roommate semua belikan hadiah hari lahir.
Masa makan
tengah hari kat rumah seorang kawan n, tiba- tiba mak call kata nak ambil
haritu juga. Dean kata klau tak daftar Sabtu, kena tunggu masuk bulan 11.
Agaklah.. Tapi kata kat mak.
Ana: Mak,takpe
ke? Duit semua dah bayar.
Mak: Takpe,
duit boleh cari. Siap semua barang, print surat semua. Pkul 3 mak gerak ambik
kamu.
Ana: Ok.
Bagitahu
roommate nak balik cepat. Nak kemas barang. Kami pun balik.
Sampai ke
kolej, sebelum tu bagitahu schoolmate semua nak pindah UIA. Berlari- lari nak
balik bilik, tiba- tiba salah seorang schoolmate panggil dari jauh. Rupa-
riupaya mereka dah menunggu. Berlari then terus menangis sambil peluk kawan.
Berderai- derai air mata sebab perasaan masa tu tengah bercampur baur. Thnks
pada Widad, Sal dan Yana sebab pujuk ana.
Rupanya felo
dah dua tiga kali panggil nama sebab dia risau. Ana berlari prgi bilik gerakan
felo nak isi borng. Mak aih, ramainya dapat tawaran. Sebelum tu terjumpa
Insyirah. Masa tu Insyirah tengah print surat tawaran. Dia pun dapat course
yang sama. Selamat berjumpa! Ana pesan pada dia.
Then lari ke
bilik gerakan felo. Masa tu ingatkan nak jumpa Miss Aza, felo merangkap lecturer
MUET. Tak dapat juga jumpa. Takpelah.
Naik- naik
bilik je, tersilap level. Rupanya salah level 3 sedangkan bilik kat level 4.
Masuk- masuk, semua barang dah siap di kemas. Terkejut juga tapi memang dah
boleh agak. Thanks sangat- sangat pada roommate- roommate tersayang, Ella, Raja
dan Izzati sebab tolong kemaskan. Alhamdulillah tergerak hati sehari sebelum
nak basuh semua baju. So, settle Cuma tunggu mak sampai. Then text classmate.
Kena bagitahu budak bising sorang ni nak pindah. Habisla senyap sunyi dah kelas
tu.
Pukul 9 malam
bergerak ke Kuala Lumpur. Pukul 3 pagi sampai di Tanjung Malim. Rehat habis.
Segala surat menyurat, form memang tak tengok dah.
SEMASA
PENDAFTARAN
Kawan baik
pesan pakai tudung putih. Tapi tibai je pakai tudung ungu. Dia hanya pesan
pasal APT, EPT dan FKT sahaja, mahallah n bla..bla..bla.. disebabkan takde
tudung putih dank ain putih, pinjamla paada schoolmate.
Memang macam
rusa masuk kampong tak tahu apa- apa. Pergila daftar segala benda,bayar yuran.Ha,
tak tahu apa- apa lansung. Tak tahu pula Puan Sri Banun mencari- cari. Haha.
Dapat Mahallah Zainab. Tapi tingkat paaaaling atas. Tak tahulah macam mana mak
abah abang angkat barang- barang tu semua.
Masa tula tahu
ada Taaruf Week. Exam tu, test ni. Apa tu exempted. Macam budak darjah satu.
Kenal kawan- kawan baru. Ingatkan depe ni makan orang. Haha. Takdelah.
RAFEST, SMAC
ana kenali semua ketika di CFS..memang masuk tak ada taaruf lansung.
Akhirnya,
sampai juga penghujung semester akhir 2013/2014..ISRAK, AGD, DNW, PUBPRO,ENTREP,MEDCY,FOCHUSS,MELEX,MAHALLAH
ZAINAB JAHSY,JUWAIRIYAH,KHAULAH AL AZWA, CAFE E, ALI BISTRO, Usaz Sudan, ustaz
Kadir..huhh..macam- macam. Tak da beza pun Antara masuk dengan penuh persediaan
dengan masuk dengan tak tahu apa- apa. Dua- dua berjaya survey life kat sini.
Tapi advance la klo thu sikit- sikit. Kenangan lebih lagi pada yang tak tahu.
No comments:
Post a Comment