Thursday, 17 March 2016

hiking tabur east peak moments

MENDAKI BUKIT TABUR
Impian nak naik bukit Tabur lama dah aku simpan. Kerja- kerja hiking ni bukanlah hobi aku. Tapi tak apalah merasai pengalaman naik bukit- bukit di Malaysia.
Sebelum tu, pagi tu aku ada meeting dengan Maaruf Club UIAM. Zubaidah (Zubed) lah yang ajak aku. So aku pun offer untuk drive ke sana.
Mula- mula adalah dalam  beberapa orang yang akan join. Tiba- tiba malam tu Zubed cakap yang akan pergi 9 orang sebab dia ajak ahli usrah dia.
Zubed pun pening cari kereta. Boleh pula dia cakap nak sewa Myvi untuk masukkan 7 orang. Aku cakap memang tak muat 5 orang duduk kat seat penumpang. Lastly sewa Alza dan finally 9 orang pergi. Dah tu orang tu orang ni cancel kn program nak ikut kami.
Ahli usrah Cikebom, aku dari Eureka dan dua orang kawan Aina, Azida dan Alia join sekali.
Start nak gerak cadangnya pukul 3pagi. Macam mustahil je tapi dah mereka cakap sebelum ni ok je pakcik Guard OSEM lepaskan.
So pukul 3 pagi tu aku dan Syaiema turun. Memang dah melepasi pagar Salahuddin dah. Tiba-tiba pakcik Guard OSEM marah kami berdua. Memang tak lepas. Starting kat Safiyyah so semua mahallah guard tak lepaskan. Berhuhu la pagi- pagi buta tu. Then aku sambungla tidur. Tapi sebelum tu aku mesej Zubed nak hiking kat mana. Dia jawab kat Tabur. Dalam hati aku risau because aku survey dulu. Bukit Tabur ni dah memakan nyawa beberapa orang sebelum ni. Tabur ni orang jadikan trek latihan bagi yang nak naik gunung Tapi buat relaks jela.

Pagi tu lepas subuh and pick up everyone, kami pun gerak. Syaiema pula kata dah pernah pergi tapi dia tak ingat jalan. Lastly kami sampai. Tu pun sesat sikit.
Syaiema bawa kami hiking kat kawasan east. Asalnya nak pergi far east sebab kat situ ada secret garden and better for beginner like us. Tapi dah tersilap jalan.
Lepas park kereta kami pun gerak. Before that , warm upla siap-siap. So journey starting!
First naik semput sikitla. Tak sangka kat atas, masyaAllah! Gerun. Keadaan berbatu dan curam Memang kami semua kebanyakannya nak turun je. Huu bayangkanlah panjat- panjat memang  tak nampak orang bawah. Hiking sorang- sorang. Macam- macam aku fikir. Kiri semak la ada pokok la akar pokok. Kanan gaung. Seriusla takut. Sempatlah tadabbur sikit kat atas tu. Masa tu nampakla Kuala Lumpur dari atas. Part mencabar bila kena climb batu tu with using tali yang entah- entah tak kuat pun. Entahla apa perasaan aku masa tu. Nak hilangkan rasa takut, sampai kat area peak baru lega. Masa nak samapi ke puncak risau je.

Lots of view kami sempat rakamkan. Looks very nice like empangan. Cantik betul mcm pulau- pulau kecil kat sungai Perak. Then ada batu- batu tajam. We can see bumbung UIA dari atas.
Masa tengah relaks kat port ketiga, suddenly ada seorang brother sapa kami. We decide to ask him either ada jalan lain nak turun which better than tempat kami naik tu atau tak. Alhamdulillah dia guide kami sampai hujung mostly dekat dengan kawasan puncak. Tak sangka pula he follow us anak- anak dara ni and show us the way. He advise us how to do preparation before hiking. Antaranya bring sweets dan air isotonic to replace garam dan tenaga yang ada because banyak terhidrat dan gunakan gula sebagai tenaga.  
Sempat tengok orang climbing naik puncak. Kami surrender awal- awal sebab dah penat dan takut nak climb 30 degrees. Kami turun gunakan jalan selamat dan ada yang terseliuh iaitu Azidah. Tapi tempat tu jauhla pula dari tempat parking. Aku dan Syahila jalan berdua pergi ambil kereta. Plus ada yang dah injured.
Time turun tu kami dapat sticker hiking. And some of us sharing cerita masa hiking tu. Ada brother UIA assume kami BENL’s students. Actually we come from variety background and courses. Bila speaking Arabic, geng- geng IRK BARB jela yang faham. Engine sepatah pun tak faham what we talking about. Ada gak yang minta gambar n told us to share cellphone number. Aku cakap ambik kat FB jela. Malas nak layan.
Lastly kami pun balik ke UIA dengan selamat dan memang busuk ramai- ramai. Syaiema cakap hebatlah kami beginner naik Tabur. Tapi aku fahamla apa yang dimaksudkan tu. Daebak. Alhamdulillah.

MUNIRAH SHAARI
UIAM, GOMBAK
14 FEBRUARI 2016


No comments:

Post a Comment