Assalamualaikum. Disebabkan aku dah mcm insomnia ni,, saje jelah update blog. Masa post kan sesuatu pada group Stilleto Zone, tiba- tiba seorang kawanku post kan sesuatu yang membuatkan aku jadi tertarik. Katanya dia dah dirisik oleh rakannya sendiri yang belajar di Jordan. Wah,,dup dap dup dap dibuatnya. So lepas tu ak pun koreklah sedikit demi sedikit.
Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Mungkin dialah insan pertama yang akan bergelar isteri di antara ex- student 3 Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam. Daripada reaksinya bercakap membalas perbualan aku, aku dapat rasakan kegembiraan dalam dirinya. Siapa tak seronok nikah awal wei... Aku pun teringin juga. Hehe. Nak wat cner, usia masih muda, komitmen bertimbun di depan mata.
Tapi aku selalu berdoa agar dipertemukan dengan insan yang boleh menerima aku seadanya dan menjaga aku macam mana mak abah aku jaga aku. Mungkin zaman sekarang ni stail nikah muda. Tahniah dan seronok tengok rakan- rakan sebaya yang dah bergelar isteri tika usia muda. Menangis syaitan bila tengok orang nikah muda ni.Sebabnya tiada space nk buat maksiat.
Bila fikir- fikir balik, dengan keadaan yang masih nampak matang, tetapi keanak- anakkan ni.. memang patutlah Allah aturkan hidup aku macam ni. Kenapa Allah takdirkan sebegitu, sebegini,,semuanya ada hikmah. I believe that. Kita perlukan perubahan positif dari sehari ke sehari. Semua tu adalah proses mematangkan diri kita sebenarnya.
Kita sendiri memang tak nampak perubahan tu, tapi orang lain yang nampak. Jatuh bangunnya kita adalah kejayaan dalam hidup. Daripada jatuhnya kita, disitu kita berjaya bangun untuk melangkah lebih jauh. Moving Forward..Macam trademark Toyota dah. heehee.
Teringat kata- kata seorang sahabat ni. Dia selalu cakap ada hikmahnya..Ada hikmahnya. dan kadang- kadang aku jugak ckap bnda yang sama pada rakan- rakan sahabat yang ditimpa musibah dan dirundung masalah. Ya, aku mengaku kadang- kadang aku letih memikirkan, menunggu hikmahnya tu. Ya, hikmah tak datang sekelip mata kalau Allah tak izin. Kena tunggu. So my friend yang selalu ambil berat dan menyayangi aku tu, i believe that. Prinsip hidup aku, antaranya:
1.Sentiasa berfikiran positif, insya- Allah tindakan juga positif.
2. Sentiasa bersangka baik kepada Allah.
3.Never give up, ure strong brilliant girl.Yes!! I am! [girlla sebab aku prmpuan]
Buat rakan- rakan yang sentiasa rasa down,, tingkatkan stamina, tukar pemikiran yang negatif tu,, daripada rasa malas, takut, tak percaya diri,,,cepat- cepat tukarkan kepada positif. Bisik kata diri sendiri ,,, YA AKU BOLEH.SEBAB JUARANYA AKU! memang agak skema,,but trust me..Hehe.
Kadang- kadang angan -angan yang positif boleh bertukar menjadi impian. Kita je fikir tak boleh,,sebenarnya kita salah. Allah dah ciptakan setiap hambanya ada kelebihan yang orang lain takde.
Teringat ceramah motivasi Tengku Asmadi ,,alah motivator terkenal tuu.. Dia suruh kami pelajar -pelajar SMAP Kajang tutup mata. Oke,, korang try tutup mata..eh karang tak leh nak bc next step.. Ajakla kwn2 teman tolong bacakan. Then, katakan, dalam kelas korang tak kisah la kat sekolah ke,,kolej ke,,universiti ke,, siapa yang korang nampak yang benar -benar korang admire dan dialah yang berjaya.? Aku test dulu,, aku nampaaaaakkk.....AKULAH orang tu. YA,,orang tu..Tibe2, Tengku Asmadi pass microphone kat aku [sebab aku dok tepi sekali]. Dia tanya ,siapa yang aku nampak. Dengan tak malunya,, aku jawab, "SAYA". Then dia tanya kenapa? Dah tu yang aku nampak, aku jawablah sebab akulah orang tu. Kenapa nak tengok orang lain. Ya kadang2 insan lain tu memberi inspirasi. Tapi kenapalah tak kesiankan diri kita sendiri yang sebenarnya lagi hebat..Kita lagi hebat! Aku cakap ni bukan nak suruh korng membangga diri, tapi bila kita percayakan diri kita sendiri, percayalah kita akan bangun mengubah kelemahan. Bangun menjadi yang terbaik..Geram dah ni..Hahaa.Terlebih excited. Sori- sori.
Tapi percayalah. Bila kita sendiri yang ikhlas nak melakukan perubahan kerana Allah, nescaya Allah akan salurkan Rahmatnya melalui result kita, mak abah kita, kawan- kawan kita, pasanagan hidup kita[bagi yang dah nikah]..kehidupan kita. Kita secara lumrahnya tak nampak kasih sayang yang Dia bagi macam tu je,, tapi Allah Maha Tahu.. Dia zahirkan semuanya melalui apa sahaja yang ada sekeliling kita. Insya-Allah. Rabbi Yassir wala Tu Assir. Nilah doa penyelamat aku masa aku kseorangan di Pudu Sentral tak tahu nak balik sekolah macam mana. Amalkan selalu. Allah hantar junior aku nak tunjuk arah ke Kajang. Dahla sorang2. Tapi Alhamdulillah aku dapat rasakan masa tu Allah jaga aku. Keletihan tak terkata. Angkat beg yang berat mcm angkat batu tu. Akhirnya,, sampai jugak kat sekolah.. hehe..tq.[ nak share je sikit].