Saturday, 14 December 2013

Petua untuk Ikhlas Belajar

Belek- belek buku Gen-Q isu no.15 ni, aku tertarik pada satu petua. Ilmu yang baik akan menjadi lebih baik kalau kita sama- sama sampaikan. Kan?


Ni ada sedikit petua untuk pelajar- pelajar terutamanya diriku sendiri...HikHik 



1. Sentiasa berbisik di hati; belajar untuk mendapat keredhaan Allah.

Ya, kalau belajar semata-mata untuk duniawi,nak berlagak pandai ke ape, macamana ilmu tu nak berkat sebab sesungguhnya ilmu yang kita pelajari sepanjang hidup ni datangnya daripada Allah. Pastikan ilmu yang kita tuntut tu berguna untuk diri, bangsa dan tidak melanggar syariat Islam.



2.Mengenalpasti bisikan syaitan dan tipu helahnya yang boleh mngalihkan fokus daripada pembelajaran.

Kalau nak tahu, syaitan ada 3 alat yang digunakannya untuk mengganggu kita ketika belajar. Apa dia?? Jeng..jeng..jeng..


Yang pertama: CELAK

- syaitan akan pakaikan kita 'celaknya' untuk membuat kita rasa mengantuk sangat- sangat. Betul tak? Hati-hati ye! Sebab tu asyik rasa mengantuk.Hrmm, bila dah menguap, tutup mulut tu dan beristighfar ataupun bertaawuz.

Yang kedua : GINCU

-syaitan pakaikan kita 'gincunya' untuk menyebabkan kita bersembang mengganggu rakan- rakan yang lain. Ha!! yang ni la yang menyebaakan pengajar kita tak kiralah guru atau pensyarah mahupun ibu bapa kita tiba- tiba marah atau menegur semasa kita belajar. Nampak je kesalahan tu simple, tapi akan memberi kesan sampai bila- bila. Lagi- lagilah teruk untuk insan yang suka sangat berceloteh macam saya ni..erkkkk

Yang ketiga: TONGKAT

Ada tak antara kawan- kawan kita yang mengganggu kita seperti mengusik kita ketika belajar? Awas!!! dah terkena tongkat syaitan yang direjam tu. Haa!! hati-hati. Memang mengganggu kan lagi- lagi kalau dia mengganggu ketika subjek feveret kita. Bengang je..hehe

#Kesimpulan syaitan adalah musuh yang nyata!!!



3. Sentiasa kaitkan perkara yang dipelajari dengan kebesaran Allah dan keluasan ilmu-Nya.

Ketika belajar, cuba kita berimaginasi dan fikir- fikirkan setiap kejadian yang Allah cipta. Contoh macam fotosintesis, tumbesaran, pasang surutnya laut, peredaran bumi dan matahari. Subhanallah.. Indah dan sebenarnya membantu kita dalam pelajaran. Insya-Allah. Kita juga akan sedar betapa kecil dan hinanya kita sebagai hamba Allah.



4.Sentiasa berdoa agar memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan jalan ke syurga.

Sesungguhnya doa itu senjata orang- orang mukmin tau!



5. Sentiasa beristighfar dan kembali kepada Allah apabila melakukan maksiat dan kesalahan sepanjang belajar.

Sebenarnya sepanjang hidup kita, kita akan melakukan kesilapan. Kita bukanlah nabi yang bersifat maksum (terpelihara daripada melakukan dosa).Sesungguhnya dosa yang kita lakukan tu akan memberi kesan negatif jika kita mengendahkannya dan dilakukan berulang- ulang kali. Kita akan mendapat positif jika kita bertaubat kembali kepada Allah Azzawajalla. Insya-Allah.


Selamat beramal dan sampaikan walau satu ayat! Semoga memberi manfaat kepada manusia sejagat. Ewahh!!

No comments:

Post a Comment