Monday, 30 December 2013

Kesedihan pasti bertukar kepada Kebahagiaan.Percayalah!!

Disember-sejarah kesedihan yang sama berulang kali kedua. Ujian Allah diberikan kepada aku sekali lagi. Tak perlu tahulah kenapa, hanya yang aku rasakan itu adalah panggilan Allah kepadaku untuk lebih mencintai-Nya. Setiap insan didatangi variasi ujian kerana ada hadiah menanti. Sebenarnya, aku tak sabar menanti hadiah tu. Hadiah yang ku nanti- nantikan setiap saat. Setiap hari ku pujuk hatiku, Wahai hati, sentiasalah qowiy demi Allah. Redhalah dengan semua yang terjadi. Percayalah wahai hati. Akan ada ganjaran untuk kita.



Satu kata- kata yang sangat menarik inginku kongsikan. Kata- kata seorang Pencetus Ummah

"Tahu tak kenapa Allah pisahkan kau dengan dia? Bukan sebab Allah nak kau sedih. Dia cuma taknak kau terus buat dosa. Zina hati pada ajnabi."



Kata- kata beliau membuatkan aku kuat. Kuat untuk bertahan dan meyakini akan tibanya keajaiban dari-NYA. Ahhh, biarkan ia berlalu. Tapi Aku menyesali ap yang aku lakukan sebelum ini. Tidak menyayangi diriku sebaik- baiknya. Tapi pengajarannya janganlah disia- siakan.

Aku baca lagi setiap ungkapan yang ditulisnya( mungkin)


"Jodoh kekadang datang melalui jalan yang tidak diduga. Selalunya dekat tetapi tidak perasan."


Ya,benar..Sepanjang hidupku, aku merasakan Allah selalu jaga aku, bagi 'hadiah',letakkan aku dengan insan- insan yang mulia. Alhamdulillah.Mungkin result bagi ujian yang satu ni adalah yang termanis tercipta dalam hidupku.Ya aku mengaku, aku ternanti- nanti.

Wahai Muslimin dan Muslimat di luar sana khususnya buat keluarga dan sahabat tersayang, doa adalah senjata bagi kita. Doa juga adalah penghubung yang paling dekat dengan kita. Nak tegaskan juga, solat bukan semata kita bersujud padaNya, tetapi adalah doa kita, pengaduan, harapan, permintaan dan connetor kepada si Khaliq. Kalau kita leka dan mensia- siaknNya , ujian yang datang kepadamu adalah perkara yang paling kita sayang, yang paling kita harapkan. Sebab dengan benda tu semua, barulah kita terasa untuk menghargai. Lumrah seorang manusia selalu nasia( lupa). Allah sebenarnya tidak pernah terlepas pandang akan makhluk- makhluknya.Allah Maha Penyayang.



Ku petik kata- katanya lagi....

Allah itu sifatNya Maha Pemurah. Walau kita lupa Dia tak terus murka. Sebaliknya diberi masa untuk berubah. Kerna Allah sayang hambanya :)

Percayalah Allah mendengar do'a mu. Hanya saja terkadang Allah ingin menguji seberapa jauh kamu memerlukan pertolonganNya.”


Bacalah selalu "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" kerana kalimah ini ialah utk hilangkan segala kesusahan & kesedihan.

Tu sahaja dapat dikongsikan.syukran jazeelan.

No comments:

Post a Comment