Tuesday, 31 December 2013

Holiday for the last 2 week- Taiping-Rumah Maksu-Burmese Pool

Cuti sekolah ni, maksu aku telefon doktor kat rumah ni..hehe mak aku sebenarnya. Nak mengurut, so im feel so happy sebab nak p rumah maksu. Lama tak pergi. First day, macam biasa, update la blog kejap sebab rumah maksu ada wi-fi. Tak tido sampai pukul 4.38 pagi. Pagi tu lepas solat subuh, aku landingla balik. Ngantuk yang amat..

Tengahari, acting as a anak dara. Ape lagi kerja suri rumah tangga la..Memasak. Ha, belajar tinggi- tinggi pun kena pandai masak. Masak gulai kari ayam, sayur tumis, ayam goreng. Ok, selesai makan...Kami bertolak ke Bukit Larut. Pi mandi- manda kat sana. Air sungai biasalah sejuk..Ku bagaikan bidadari berenang- renang dalam kolam ciptaan Allah tu. Hehe.Then, i took my handphone and snap pictures.

Sepupu- sepupu aku n anak asuhan maksu aku memang the very excited lah.seronok.. tapi mandi sat je, hujan dengan jelousnya turun membasah bumi. Ape lagi, kena balikla..Haha, mak aku dah bising suruh siap nak mandi. Pape pun, bila dah nk habis cuti semester baru rasa seronok. Tapi perasaan nak blik CFS tu berkobar- kobar. Nak melupakan segala kedukaan...Hehehe.


Achoo, Abah and Me.
Syoknya hangpa!



Rajin beno kutip batu doktor!


Harapnya dapatlah jalan- jalan lagi sebelum cuti nak habis. Budak- budak sekolah nak kena daftar dah esok. Dont worry be happy my adik- adik SMAP Kajang and SMK Ahmad Boestamam.  Ha...selamat tahun baru 2014...

Monday, 30 December 2013

Be Your Self

Eh, tiba- tiba je aku ngade2 tulis English. Tuntutan komunikasi di Pusat Asasi UIA yang memerlukan pelajar- pelajarnya berkomunikasi hanya dalam 2 bahasa yang melatih diri setiap insan di dalamnya menyebabkan aku jadi terbiasa Wajib bagi Keluarga UIA, tampak susah tapi tidak. Nak jadi pendakwah, mestilah mampu kuasai pelbagai variasi bahasa. Hahah, sememangnya aku amat meminati bidang bahasa, tetapi Ilmu Wahyu juga ku pilih. Takdir Allah. Haih, baru mukaddimah.

Sebenarnya, adalah seorang BFF aku ni, mengadu sesuatu. Katanya, dia sering di katakan sombong, jarang senyum dsb.bla..bla..blaa..

Ok, maka diriku bertukar menjadi perunding motivasi.. hahaha..

" Jadilah diri kau yang sebenar. Biarlah mulut mengata, kerana pasti suatu hari, hati mengerti.."Terpaut?..Taklah,,or maybe!

Setiap orang ada karakternya yang tersendiri...Cuma jadilah dirimu sendiri kiranya ia baik. Kalau buruk tak apa, perlahan- lahan mengubah diri menjadi lebih Ehsan. Orang akan suka. Setiap orang sukakan keindahan. Kadang- kadang karakter kita menjadiakn kita pelengkap suasana...contohnya,,adelah seorang budak ni,,,suka sgt bckp,bt lawak n so on lah.. nk kata asal dia bukk mulut je,, buat tu buat ni,, akn mghiburkn hati kalian. Dan suatu hari, dia tak ada.Mesti korang rasa sunyi kan..hahha..mcm kenal je,,mcm kenal je..kankan.

Dan lagi satu, aku dah ngantuk sbnrnya,, tingkat kan keyakinan diri bila bdepan dengan sesuatu masalah.. Cepat mengeluh adalah satu perbuatan tak bagus. Elakkan. Be confident, Be Yourself. Nanti ade mood aku smbung in the next post..Assalamualaikum.

Kesedihan pasti bertukar kepada Kebahagiaan.Percayalah!!

Disember-sejarah kesedihan yang sama berulang kali kedua. Ujian Allah diberikan kepada aku sekali lagi. Tak perlu tahulah kenapa, hanya yang aku rasakan itu adalah panggilan Allah kepadaku untuk lebih mencintai-Nya. Setiap insan didatangi variasi ujian kerana ada hadiah menanti. Sebenarnya, aku tak sabar menanti hadiah tu. Hadiah yang ku nanti- nantikan setiap saat. Setiap hari ku pujuk hatiku, Wahai hati, sentiasalah qowiy demi Allah. Redhalah dengan semua yang terjadi. Percayalah wahai hati. Akan ada ganjaran untuk kita.



Satu kata- kata yang sangat menarik inginku kongsikan. Kata- kata seorang Pencetus Ummah

"Tahu tak kenapa Allah pisahkan kau dengan dia? Bukan sebab Allah nak kau sedih. Dia cuma taknak kau terus buat dosa. Zina hati pada ajnabi."



Kata- kata beliau membuatkan aku kuat. Kuat untuk bertahan dan meyakini akan tibanya keajaiban dari-NYA. Ahhh, biarkan ia berlalu. Tapi Aku menyesali ap yang aku lakukan sebelum ini. Tidak menyayangi diriku sebaik- baiknya. Tapi pengajarannya janganlah disia- siakan.

Aku baca lagi setiap ungkapan yang ditulisnya( mungkin)


"Jodoh kekadang datang melalui jalan yang tidak diduga. Selalunya dekat tetapi tidak perasan."


Ya,benar..Sepanjang hidupku, aku merasakan Allah selalu jaga aku, bagi 'hadiah',letakkan aku dengan insan- insan yang mulia. Alhamdulillah.Mungkin result bagi ujian yang satu ni adalah yang termanis tercipta dalam hidupku.Ya aku mengaku, aku ternanti- nanti.

Wahai Muslimin dan Muslimat di luar sana khususnya buat keluarga dan sahabat tersayang, doa adalah senjata bagi kita. Doa juga adalah penghubung yang paling dekat dengan kita. Nak tegaskan juga, solat bukan semata kita bersujud padaNya, tetapi adalah doa kita, pengaduan, harapan, permintaan dan connetor kepada si Khaliq. Kalau kita leka dan mensia- siaknNya , ujian yang datang kepadamu adalah perkara yang paling kita sayang, yang paling kita harapkan. Sebab dengan benda tu semua, barulah kita terasa untuk menghargai. Lumrah seorang manusia selalu nasia( lupa). Allah sebenarnya tidak pernah terlepas pandang akan makhluk- makhluknya.Allah Maha Penyayang.



Ku petik kata- katanya lagi....

Allah itu sifatNya Maha Pemurah. Walau kita lupa Dia tak terus murka. Sebaliknya diberi masa untuk berubah. Kerna Allah sayang hambanya :)

Percayalah Allah mendengar do'a mu. Hanya saja terkadang Allah ingin menguji seberapa jauh kamu memerlukan pertolonganNya.”


Bacalah selalu "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" kerana kalimah ini ialah utk hilangkan segala kesusahan & kesedihan.

Tu sahaja dapat dikongsikan.syukran jazeelan.

Monday, 16 December 2013

Nak share sikit..Maila baca,

Assalamualaikum. Disebabkan aku dah mcm insomnia ni,, saje jelah update blog. Masa post kan sesuatu pada group Stilleto Zone, tiba- tiba seorang kawanku post kan sesuatu yang membuatkan aku jadi tertarik. Katanya dia dah dirisik oleh rakannya sendiri yang belajar di Jordan. Wah,,dup dap dup dap dibuatnya. So lepas tu ak pun koreklah sedikit demi sedikit.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Mungkin dialah insan pertama yang akan bergelar isteri di antara ex- student 3 Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam. Daripada reaksinya bercakap membalas perbualan aku, aku dapat rasakan kegembiraan dalam dirinya. Siapa tak seronok nikah awal wei... Aku pun teringin juga. Hehe. Nak wat cner, usia masih muda, komitmen bertimbun di depan mata.

Tapi aku selalu berdoa agar dipertemukan dengan insan yang boleh menerima aku seadanya dan menjaga aku macam mana mak abah aku jaga aku. Mungkin zaman sekarang ni stail nikah muda. Tahniah dan seronok tengok rakan- rakan sebaya yang dah bergelar isteri tika usia muda. Menangis syaitan bila tengok orang nikah muda ni.Sebabnya tiada space nk buat maksiat.

Bila fikir- fikir balik, dengan keadaan yang masih nampak matang, tetapi keanak- anakkan ni.. memang patutlah Allah aturkan hidup aku macam ni. Kenapa Allah takdirkan sebegitu, sebegini,,semuanya ada hikmah. I believe that. Kita perlukan perubahan positif dari sehari ke sehari. Semua tu adalah proses mematangkan diri kita sebenarnya.

Kita sendiri memang tak nampak perubahan tu, tapi orang lain yang nampak. Jatuh bangunnya kita adalah kejayaan dalam hidup. Daripada jatuhnya kita, disitu kita berjaya bangun untuk melangkah lebih jauh. Moving Forward..Macam trademark Toyota dah. heehee.

Teringat kata- kata seorang sahabat ni. Dia selalu cakap ada hikmahnya..Ada hikmahnya. dan kadang- kadang aku jugak ckap bnda yang sama pada rakan- rakan sahabat yang ditimpa musibah dan dirundung masalah. Ya, aku mengaku kadang- kadang aku letih memikirkan, menunggu hikmahnya tu. Ya, hikmah  tak datang sekelip mata kalau Allah tak izin. Kena tunggu. So my friend yang selalu ambil berat dan menyayangi aku tu, i believe that. Prinsip hidup aku, antaranya:

1.Sentiasa berfikiran positif, insya- Allah tindakan juga positif.
2. Sentiasa bersangka baik kepada Allah.
3.Never give up, ure strong brilliant girl.Yes!! I am! [girlla sebab aku prmpuan]

Buat rakan- rakan yang sentiasa rasa down,, tingkatkan stamina, tukar pemikiran yang negatif tu,, daripada rasa malas, takut, tak percaya diri,,,cepat- cepat tukarkan kepada positif. Bisik kata diri sendiri ,,, YA AKU BOLEH.SEBAB JUARANYA AKU! memang agak skema,,but trust me..Hehe. 

Kadang- kadang angan -angan yang positif boleh bertukar menjadi impian. Kita je fikir tak boleh,,sebenarnya kita salah. Allah dah ciptakan setiap hambanya ada kelebihan yang orang lain takde.

Teringat ceramah motivasi Tengku Asmadi ,,alah motivator terkenal tuu.. Dia suruh kami pelajar -pelajar SMAP Kajang tutup mata. Oke,, korang try tutup mata..eh karang tak leh nak bc next step.. Ajakla kwn2 teman tolong bacakan. Then, katakan, dalam kelas korang tak kisah la kat sekolah ke,,kolej ke,,universiti ke,, siapa yang korang nampak yang benar -benar korang admire dan dialah yang berjaya.? Aku test dulu,, aku nampaaaaakkk.....AKULAH orang tu. YA,,orang tu..Tibe2, Tengku Asmadi pass microphone kat aku [sebab aku dok tepi sekali]. Dia tanya ,siapa yang aku nampak. Dengan tak malunya,, aku jawab, "SAYA". Then dia tanya kenapa? Dah tu yang aku nampak, aku jawablah  sebab akulah orang tu. Kenapa nak tengok orang lain. Ya kadang2 insan lain tu memberi inspirasi. Tapi kenapalah tak kesiankan diri kita sendiri yang sebenarnya lagi hebat..Kita lagi hebat! Aku cakap ni bukan nak suruh korng  membangga diri, tapi bila kita percayakan diri kita sendiri, percayalah kita akan bangun mengubah kelemahan. Bangun menjadi yang terbaik..Geram dah ni..Hahaa.Terlebih excited. Sori- sori. 

Tapi percayalah. Bila kita sendiri yang ikhlas nak melakukan perubahan kerana Allah, nescaya Allah akan salurkan Rahmatnya melalui result kita, mak abah kita, kawan- kawan kita, pasanagan hidup kita[bagi yang dah nikah]..kehidupan kita. Kita secara lumrahnya tak nampak kasih sayang yang Dia bagi macam tu je,, tapi Allah Maha Tahu.. Dia zahirkan semuanya melalui apa sahaja yang ada sekeliling kita. Insya-Allah. Rabbi Yassir wala Tu Assir. Nilah doa penyelamat aku masa aku kseorangan di Pudu Sentral tak tahu nak balik sekolah macam mana. Amalkan selalu. Allah hantar junior aku nak tunjuk arah ke Kajang. Dahla sorang2. Tapi Alhamdulillah aku dapat rasakan masa tu Allah jaga aku. Keletihan tak terkata. Angkat beg yang berat mcm angkat batu tu. Akhirnya,, sampai jugak kat sekolah.. hehe..tq.[ nak share je sikit].

Saturday, 14 December 2013

Petua untuk Ikhlas Belajar

Belek- belek buku Gen-Q isu no.15 ni, aku tertarik pada satu petua. Ilmu yang baik akan menjadi lebih baik kalau kita sama- sama sampaikan. Kan?


Ni ada sedikit petua untuk pelajar- pelajar terutamanya diriku sendiri...HikHik 



1. Sentiasa berbisik di hati; belajar untuk mendapat keredhaan Allah.

Ya, kalau belajar semata-mata untuk duniawi,nak berlagak pandai ke ape, macamana ilmu tu nak berkat sebab sesungguhnya ilmu yang kita pelajari sepanjang hidup ni datangnya daripada Allah. Pastikan ilmu yang kita tuntut tu berguna untuk diri, bangsa dan tidak melanggar syariat Islam.



2.Mengenalpasti bisikan syaitan dan tipu helahnya yang boleh mngalihkan fokus daripada pembelajaran.

Kalau nak tahu, syaitan ada 3 alat yang digunakannya untuk mengganggu kita ketika belajar. Apa dia?? Jeng..jeng..jeng..


Yang pertama: CELAK

- syaitan akan pakaikan kita 'celaknya' untuk membuat kita rasa mengantuk sangat- sangat. Betul tak? Hati-hati ye! Sebab tu asyik rasa mengantuk.Hrmm, bila dah menguap, tutup mulut tu dan beristighfar ataupun bertaawuz.

Yang kedua : GINCU

-syaitan pakaikan kita 'gincunya' untuk menyebabkan kita bersembang mengganggu rakan- rakan yang lain. Ha!! yang ni la yang menyebaakan pengajar kita tak kiralah guru atau pensyarah mahupun ibu bapa kita tiba- tiba marah atau menegur semasa kita belajar. Nampak je kesalahan tu simple, tapi akan memberi kesan sampai bila- bila. Lagi- lagilah teruk untuk insan yang suka sangat berceloteh macam saya ni..erkkkk

Yang ketiga: TONGKAT

Ada tak antara kawan- kawan kita yang mengganggu kita seperti mengusik kita ketika belajar? Awas!!! dah terkena tongkat syaitan yang direjam tu. Haa!! hati-hati. Memang mengganggu kan lagi- lagi kalau dia mengganggu ketika subjek feveret kita. Bengang je..hehe

#Kesimpulan syaitan adalah musuh yang nyata!!!



3. Sentiasa kaitkan perkara yang dipelajari dengan kebesaran Allah dan keluasan ilmu-Nya.

Ketika belajar, cuba kita berimaginasi dan fikir- fikirkan setiap kejadian yang Allah cipta. Contoh macam fotosintesis, tumbesaran, pasang surutnya laut, peredaran bumi dan matahari. Subhanallah.. Indah dan sebenarnya membantu kita dalam pelajaran. Insya-Allah. Kita juga akan sedar betapa kecil dan hinanya kita sebagai hamba Allah.



4.Sentiasa berdoa agar memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan jalan ke syurga.

Sesungguhnya doa itu senjata orang- orang mukmin tau!



5. Sentiasa beristighfar dan kembali kepada Allah apabila melakukan maksiat dan kesalahan sepanjang belajar.

Sebenarnya sepanjang hidup kita, kita akan melakukan kesilapan. Kita bukanlah nabi yang bersifat maksum (terpelihara daripada melakukan dosa).Sesungguhnya dosa yang kita lakukan tu akan memberi kesan negatif jika kita mengendahkannya dan dilakukan berulang- ulang kali. Kita akan mendapat positif jika kita bertaubat kembali kepada Allah Azzawajalla. Insya-Allah.


Selamat beramal dan sampaikan walau satu ayat! Semoga memberi manfaat kepada manusia sejagat. Ewahh!!

Penyeri Awal Pagi

Bahagia Allah kurniakan nikmat dapat tidur nyenyak. Walaupun begitu, pasti tiada manusia yang ingin tidur tak bangun- bangun bukan? Kalau dah terjaga tu , apa perkara pertama yang kita buat?

Ikuti langkah demi langkah ini. Mudah dan besar impaknya kepada hidup kita pada hari tersebut.

Langkah SATU

Sebut nama Allah. Boleh mula dengan doa tidur:




Langkah DUA:

Berwuduk




Langkah TIGA

Menunaikan solat


IMPAK
  
Kenapa tiga langkah di atas dicadangkan sebagai pemula awal pagi?
 Ini kerana syaitan yang kreatif dan inovatif tu sebenarnya mengikat kita dengan tiga simpulan.
Ketiga- tiga langkah di atas mampu memutuskan dan meleraikan simpulan- simpulan tersebut.

Apa kesannya apabila simpulan atau ikatan tersebut sudah terlerai? Kita akan bangun dalam keadaan bersemangat, rasa rajin, kerja pada hari itu begitu produktif, berfikiran positif dan pelbagai lagi.


#DIY(Do It Yourself),Gen-Q Isu No:15

Wednesday, 20 November 2013

Keluhan hati time semester break

Apa yang terjadi baru-baru ni  mengingatkan aku kpd sirah Nabi Yussuf. Pasti semuanya tahu kan kisahnya bagaimana? Ya, kadang kala kita terlalu leka dengan kisah- kisah dongeng yang direka Yahudi laknatullah yang sebenarnya meracun pemikiran anak-anak bangsa sekarang. Contohnya, Cinderella sanggup membohongi ibu tirinya untuk ke pesta tarian di istana, Snow White tinggal dengan 7 lelaki bukan muhrim, Sleeping Beauty sanggup biarkan lelaki yang bukan muhrim menciumnya dan macam-macam lagi. So, sebab tu banyak kes- kes sosial berlaku seperti pergaulan bebas dan anak-anak sekarang pandai berbohong. Aku pun penggemar filem-filem fiksyen sains. Kadang-kadang terasa diri sendiri ni ada jugak buat benda tak baik. Para ibu bapa seharusnya menceritakan kisah perjuangan sirah Rasulullah dan para sahabat. Begitu juga kisah-kisah nabi yang terdahulu. Dulu, zaman- zaman sekolah rendah, bersyukur sangat sebab mak dan abah hantar ke sekolah agama petang-petang. Belajar mengaji, sirah, aqidah, tajwid, bahasa Al-Quran, dan macam-macam lagi Ilmu Ukhrawi. Alhamdulillah berkat kesungguhan mak dan abah, aku berjaya jejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa. Tapi baru asasi. Sepanjang hidup ni, aku dapat perhatikan Allah sangat menjaga aku. Allah letakkan aku dalam kalangan orang yang terjaga akhlak mereka. Aku ada famili yang sangat sayangkan aku, kawan-kawan yang ambil berat, guru-guru yang prihatin. Terima kasih. Insha Allah, semua jasa mereka akanku balas walaupun dengan secebis doa.

Monday, 4 November 2013

2 hari yang HOT!!!

Semalam match Tok gajah vs The Red Warrior . harini, PRK DUN Sg.Limau...Tahniah kpd pasukan Tok Gajah n rezeki berpihak kpd Pahang. takpe TRW, anda menang dgn smgt penyokong-penyokongmu.. mengenangkan classmate2 ku penyokong kuat TRW..jgn sedih2..errr...sbnrnya tak tahu nk komen pasal ni. Then, kisah DUN Sg. Limau ,akhirnya berpihak kepada yang benar. Kuasa Allah, tak boleh nak duga. Hrmm, taknak komen lebih-lebih..tapi apa yang ak nampak, media tak banyak pun siarkan kemenangan tu??? Erk,ada ape-ape ke??? ni kata-kat daripada kawan cheq. Alhamdulillah dah masuk tahun jadid. Allah masih lagi memberikan kita nafas untuk terus hidup menjalankan tugas sebagai Khalifah fil Ardh. Salam Maal Hijrah buat semua insan yang ku sayangi.. dont forget to Thank You Allah,,sama tak lirik Farid Sanullah?? Hikhik..oklah,,Selamat tahun baru buat Umat Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti Semester yang tak terduga !!!!

Sememangnya awal cuti, memang excited nak spend masa kat rumah selama sebulan. Yelah, orang lain cuti pun cuti jugak, tapi kami dapat cuti awal seminggu..Agak seronoklah juga. Sesungguhnya, sebulan tak  buat ape2 kat rumah, pun bosan juga.. Sebelum cuti, budak kelas aku register subjek LQM 0516 (Quranic language level 5) untuk meneruskan pmbelajaran kami di CFS. Siap rancang lagi 18 orang register 1 kelas. Result final dijadualkan oleh bro Kamil akan keluar pada 31 Oktober. Tup-tup, rupanya 30 Oktober. Mulalah kelam kabut check result mcm check result SPM tahun lepas. Semuanya takut-takut termasuklah aku. Yeah,,LEM( english language) PASS!!! seperti yang ku target! Alhamdulillah arabic target level 5 je,,rezeki Allah nk bagi,,melompat terus ke level 6..and semangat la nk habiskan arab time short semester. haha,,berlagak jugak la dgn Aiman dpt buat core course arab n english time sem 3 nanti. sebab diorang tak pass english, tapi pass arabic. n diorang kna ambil time sem 3 nnti. Pikir2 jugak boleh jimatkan setahun setengah asasi ni..hehe.. Tengah hepi2 nak balik  CFS 4hb,,3 hari sebelum tu, Aqilah call kata ustaz Azlan (Academic Advisor Quranic Language Department) kata tak de offer untuk arabic level 6..Huaaaaa!!!!! maknanya punahlah harapan kami..hukhukhuk  T-T.  Agak terkejut dan tak percaya, sebab tak percayalah tak pasal2 suruh Aiman tanya ustaz yaidi (AA IRK Dept) samada kami boleh ambil core course lain short sem ni..rasa nak menangis dan frust ble kata terpulang kpd kekosongan. Amier rostam pun jadi haru..Lagi haru dpd aku..yelaa..dah redha awal-awal..kalau kena cuti,,cuti jelah..Lepas tu, masalah bukan setakat tu je,,habis effect dgn kerja-kerja society..eg.Rehlah, Tuisyen, Liqa..memang stress jugak la..ape lagi, terpaksala my bestfriend menadah telinga mendengar keluhan dan rintihan. sori ye teman-teman ku sayang. Program under DnW pun diputuskan postpone.. kata pakcik kecik si Hadi tu. Ermm,,cuti ni masih lagi tak tahu nak buat apa.. Yelah, sampai abah pencen la baru sambung balik...cepatkan masa berlalu. dah nak masuk 19 tahun.. tapi ape-ape pun,, kita merancang,, Allah yang menentukan.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. kan!kan!kan!..buat Yokya,, jangan sedih-sedih kna ambil short sem. hehe!!!

Monday, 28 October 2013

Resepi Puding Ghoti (Roti) untuk cik Tirah....

Assalamualaikum...atas permintaan cik Athirah Azri memberku yang kiut miut,,hehe,,aku post kan lah resepi puding ghoti (roti ye,ate org Perak)...easy and simple je nk bt. Sbbnya resepi bleh ikot kepala korg..hehe..n usually if i make a bread pudding, i will tell my friend i make something sweet on that day. Dah 3 kali dah aku bgthu dia,, tapi sorry dear,u can hear only, not taste it..Takpe,, ill make for you..ya!!! Resepi ni korg surfing by internet pon boleh aihhh..kakak teman yang ajo....

Firstly,,

Sediakanlah bahan-bahannya.p beli kat kedai, semua ado..

1. Roti putih..
2. Butter
3. Telur
4. Susu cair (tak kesah nk letak susu sejat ka,,or susu fullcream)
5.tepung kastard
6. esen vanila
7. gula
8. garam

bahan hiasan     -Pecan (almond/ cashewnut/ ape2 kacang pun boleh)
                       - Dry fruit ( raisin/prune/kurma and whatsoever yg sedap bolh ltak,,nk bubuh halwa kundur pun xde masalah)

Sapukan butter sekeliling loyang or bekas nk ltak roti.

Sapukan butter kat each slice roti tu n susun cantik-cantik dalam loyang tadi. Buat selapis dahulu.
Taburkan dry fruit ( ikut sukala nk letak berapa banyak)
Then, continue with one more layer n taburkan pula dry fruit and pecan korg. 

OK!KERJA PERTAMA SELESAI!!!TAHNIAH

Next work.

Sediakan mangkuk yang boleh muat bahan2 nanti.
Pukul telur, gula, garam (secukup rasa), tepung kastard (satu sudu besar), esen vanila sehingga sebati.
Masukkan pula susu secukupnya.(Agak-agak dulu,kalau lebih 10 keping,boleh masukkan 1 tin susu sejat/separuh kotak susu fullcream)

Tuangkan campuran adunan tadi ke atas susunan roti korg yang cantik tu. Before tuang,tapis dulu ye. Pastu,tekan sikit supaya roti tu elok terendam dalam campuran susu. ^_^
 Erm,ada yang tanya,boleh ngap dah ke ??? Hahaha..Belum masak lagilah. Sebabnya, nampak sedap even tak masak lagi..Hihihi

Rendam dulu selama setengah jam, and bakar dalam suhu 150 darjah cekcius selama 20 minit (api atas bawah) 10 minit (api atas sahaja).

Siap!!!

kalau nak makan mcm tu je pun boleh, tapi usually mkn dgn sos kastard.

Bahan- bahan:

Susu cair
Gula
Esen vanila
Tepung kastard

Bancuh dulu semua bahan
Masak atas api sehingga sos agak pekat.




Telur, esen vanila, susu, tepung kastard with roti yang dah siap tersusun dalam loyang.



Rendam selama 30 minit


Dah siap!!! Dah kena ngap pun...>_<




Ni gambar cilok je..

Friday, 18 October 2013

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum..ermm, raya aidiladha tahun ni kurang meriah,Yelah org beraya , aku duduk rumah tak pergi mana-mana. Di pagi raya juga hujan rahmat turun mencurah-curah ke bumi ciptaan Allah s.w.t. Sejuk dan nyaman je rasa.Usually every year, family cik Yan akan beraya di rumah opah kami di Parit,Perak. Tapi opah takde kt rumah, tak dptla kumpul ramai-ramai kt rumah opah. By the way,Alhamdulillah kami enam beradik dapat berkumpul di rumah pada 11 Zulhijjah tu. Seronok rasanya tak terkata.Semenjak kakak-kakak dah berkeluarga,susah nk berkumpul satu famili. Inilah seronoknya bila ada adik beradik yang ramai. Ada pro n cons nya.Apalah perasaan seorang ibu atau ayah apabila melihat anak-anak tercinta pulang di hari raya.kan.Next, 9 Zulhijjah tu,alhamdulillah Allah bagi peluang berpuasa pada hari tersebut. Yelah,setahun sekali. Thanks to my friends, Rioh and Mumtaz serta Fahmi sbb bg galakn untuk bpuasa wlpn puasa sorg2 kt rumah. Kan aku dah kata, ukhuwah dapat dibina dengan apa cara sekalipun. Not impossible. Thanks jugak to my sis sbb masakkan untuk adik tersayang mknn bbuka. Malam tu excited buat puding roti untuk mak,abah,abang,kakak2 and Cik Ti. Hasilnya, menjadi!!! Dapat jugak mnjamu famili dgn air tangan sendiri.Sempat lagi ambil gambar buah hati 3 orang ni,Haziq,Hamza n Azim.


Haziq,Hamza and Azim with abah and mak. (senyum sokmo)

Sunday, 29 September 2013

EPT,,APT,,FIM

Start 30 Sept 2013, semua student foundation IIUM akan mula memerah otak menjawb soalan,,termasuklah aku.huhu..English was the first paper..haha,sempat lagi aku tulis blog kan.orang lain dah pecah otak belajar..nervousnya x tertahan..mcm ad rama-rama dalam perut.kehkeh..

Btw,im a cool person bak kata seorang best friend aku,,cool je...Madam Fazleen and Madam Jayashree puas nasihat,mengingatkan student2 diorg ,jgn bt silap..err..kurangkan kesalahan terutamanya dalam essay english (grammar terutamanya),,Thesis statement elakkn perkara yang lebih kurang ideanya,,nt makan diri time eleborate isi...huhu..graph dlm task 1 msti bt 3 perenggan jerr,,essay task 2, 4 perenggan,,n yg pling pnting jgn berstory telling kat kertas exam tu (mksudnya jgn tlalu pnjg) even u are talkactive person..hoho..aku ke tu???and, my mission..EXEMPTED this sem jugk..hwaiting!!!


With Madam Jayashree..



Tu cerita EPT,,,APT pulak,,emmm.taktau nk bt ape..huhu..rinduu ustaz Sudan aku..very care with us.Beliau prnah ckp,,i want to help you exempted...terharu n rasa berslh sbb sllu x dgr ckp..Degil btul!!Dapat improve level pun da rasa bersyukur..Tolongggggg.......


My  Ustaz Sudan, Arabic lecturer.


 FIM [Basic Themes of Quran],,kerjanya faham dan baca,,madam aku ckp,,,kne pas 50 markah bru lulus,,takutnya...madam kata bdk yg berasal sekolah agama,sepatutnya pass with excellence!!!Ingt tu!!Malu je bdk SMA xpass...kan!kan!(dalam hati takut yang amat)...kalau x,kne repeat..takmauuu..

Last day in FIM class.With madam Salina and Friends.



Pape pun,,,all the best to all my friend and me... InshaAllah,ada usaha, Allah bantu.

Chaiyok LEM613,LQM603 and FIM006!!!!!Jumpa lagi.

Selamat hari Jadi Mak!!!!

Harini genap mak aku 50 tahun..Tapi,,awet muda..hehe..Mak aku masa muda sgtlah garang.Tapi,,bila anak2 dah besar, memang menjadi...Wah, Alhamdulillah...Semoga mak dipanjangkan umur,nt achik kahwin,boleh mak tgk rupa menantunya..haha >< .Tarikh 29 Sept sgt sweet. Melambangkan karakter individu tersebut. Mak selalu pesan supaya anak2nya belajar rajin-rajin,sebab nanti dah besar senang.

Semoga mak sentiasa dibukakan pintu rezeki seluas2nya. Hari2 mak pergi 'merempit' mencari rezeki...bukan maksudnya merempit,, tapi menunggang motosikal ala2 penunggang profesional..haa!faham?? Teringat mak nk ikat aku kt pokok mengkudu depan rumah tu (tapi skrg tak wujud dah,sebab MPM tebang). Dahla penuh dgn sarang kerengga. Taubat xnk buat dah..haha..yelah,,taknak pergi sekolah, adik2,,jn cari pasal ok..belajar rajin2 dan kuatkan semangat. Lagi 1,jgn lupakan kewajipan terhadap Allah dan parents, baru berkat. Fikir2 blik,kalau mak x bt cmtu,x jadi mcm ni..Alhamdulillah.

 Lastly,,selamat hari lahir Puan Azian. Senyum sokmo!!!! ^^


I Love You Mum!!

My siblings


Ha!! Teman ikut muka sape??Mak ke,, abah??

Saturday, 28 September 2013

My great life as ISRAK commities


Semenjak menjadi komiti IRK ni,,mcm2 dah ak  belajar,aku lalui.Susah senang,xyah tnyelah.Penat memang penat,tapi aku berjaya memberi sumbangan tenaga dan idea dlm membantu orang.Memang cita2 aku pon, aku kena practice untuk menghadapi kerenah orng sebelum menjadi seorg pendidik,takpun peguam atau pakar psikologi.Aku percaya satu benda,apa yang Allah takdirkan untuk aku,semuanya ada kaitan denagn masa depan aku.Betul tak????So reader,sentiasalah bersangka baik dengan Allah.Aku tak sangka selemah-lemah aku pun,kwn2 aku,parents aku dan keluarga aku tetap terima aku seadanya.Terima kasih.Aku perasan,Allah sentiasa meletakkan aku dlm klgn org2 yang dilindungi Allah.Alhamdulillah.

Post aku dlm komiti ISRAK,,assisstant Discipline and Welfare.Huhu,,sesuai tak dengan muka aku yang garang ni,mungkin mewarisi mak aku kot..hahaha.Anas selalu ckap "Munirah telan 2 biji mikrofon".Itu je dia mentionkan.apelaa = ='..


Masyukk!!

Komiti ISRAK terdiri daripada Precident,Vice Precident 1&2,Secretary,Treasurer, D&W, Spotrec,Entrep, D&T & Pubpro .Antara program yang berjaya dilaksanan ialah Ihtifal ISRAK dan Iftar Jamaie (kolaborasi BARCOM ISRAK).Akan datang pula, Rehlah 2013, Mukhayyam Arabiy dan Fiesta Buah-buahan.Huuuu,tak sabarnya.[ im feel very glad]




Subkom(sister aku; Athirah,Mila,Husna dan Liyana) tq antunna,subkom yang gempak dan berwibawa.
Subkom(brother); Syafiq Saud,Syafie Andika n Hanif)..[nk cerita je] >.<


Salah seorang subkom aku + BFF aku (Hermila a.k.a Mila tomey)


Inilah line up komiti ISRAK yang awesome.Majulah ISRAK untuk Ummah!!




Alhamdulillah...Allah Maha Pengasih.Tautan mahabbah di mana-mana sahaja!!

27hb Sept 2013,tamatlah sudah pengajian sem 1 2013/2014 kt CFS IIUM.Alhamdulillah Allah Maha Pengasih,Dia menganugerahkan aku rakan2 yang sgt sporting and very care with me.huhu...harapnya,,kasih kami tak smpai sini je..Then mlm tu,kami ditakdirkan bersama-sama ke UIA Gombak (waa,,bakal kami jejak satu hari nanti)..Kat sne jugak Allah menguji talian mahabbah kami..Saling menjaga antara satu sama lain.Thank you my dear friends.Tak sangka akan bertemu Yokya,,member kat sne..Kamcing mcm da kwn bertahun-tahun je.haha.Then yg pling best,,dpt nyanyikan bday song untuk mkcik tu..hehe.

Meh aku ceritakan part of Mumtaz 613 member,,,,Anas as leader,Syafiq as brother yang paling macho (kononnya), Syahmi suka sangat pink,, dalam hati ade taman..Majdi(back to country) and Aiman,,nasyid always in his mind. haha..

Sister la pulak kan...teman, Munirah,insan paling sengal sebab tak reti duduk diam,Tirah n Karamadi(huahua),small girl..Fitria,,boleh tahan lawa (bdarah keturunan Malaysia Indonesia),Mila (bekeng but sensitif-Laila ckap,okeee),Zulfa,,Besut n Pipah mari Ganu tapi kecek kelate sokmo,[secret admire Zulafa, ade je dlm kelas tuuuu].hahahahahah..gurau2.Lagi sape?farhana,budak lawa(nama paling panjang), Intan,smart girl,tokeh katering. Laila,CG..pikir sendirila ye. Amirah, seksi ou suara!!!hehe. .Najibah,solehah sentiasa n boleh tahan manjanya. .Nabihah,,high imagination girl smpaikan Aiman dia kata tomato..kantoiii. Bazilah n Nabilah (mek)..kelate mari..
tapi,perbezaan kami melengkapi antara satu sama lain..tak caye??tak caye sudah..Dah mcm adik-beradik..Nanti kahwin,jangan lupa jemput!!Aku cop dulu satu kad kahwin okey!(ckp awal2)..




               
      Ni geng MUMTAZ 613 yang gila-gila n hepi go lucky..n dont forget,soleh and solehah..hehe.




Brother macho (konon) - Syafiq, Anas, Syahmi, Aiman, Majdi




Sister comel




       Tq postkan gmbr ni!!sweet ^-^