Saturday, 14 December 2013

Petua untuk Ikhlas Belajar

Belek- belek buku Gen-Q isu no.15 ni, aku tertarik pada satu petua. Ilmu yang baik akan menjadi lebih baik kalau kita sama- sama sampaikan. Kan?


Ni ada sedikit petua untuk pelajar- pelajar terutamanya diriku sendiri...HikHik 



1. Sentiasa berbisik di hati; belajar untuk mendapat keredhaan Allah.

Ya, kalau belajar semata-mata untuk duniawi,nak berlagak pandai ke ape, macamana ilmu tu nak berkat sebab sesungguhnya ilmu yang kita pelajari sepanjang hidup ni datangnya daripada Allah. Pastikan ilmu yang kita tuntut tu berguna untuk diri, bangsa dan tidak melanggar syariat Islam.



2.Mengenalpasti bisikan syaitan dan tipu helahnya yang boleh mngalihkan fokus daripada pembelajaran.

Kalau nak tahu, syaitan ada 3 alat yang digunakannya untuk mengganggu kita ketika belajar. Apa dia?? Jeng..jeng..jeng..


Yang pertama: CELAK

- syaitan akan pakaikan kita 'celaknya' untuk membuat kita rasa mengantuk sangat- sangat. Betul tak? Hati-hati ye! Sebab tu asyik rasa mengantuk.Hrmm, bila dah menguap, tutup mulut tu dan beristighfar ataupun bertaawuz.

Yang kedua : GINCU

-syaitan pakaikan kita 'gincunya' untuk menyebabkan kita bersembang mengganggu rakan- rakan yang lain. Ha!! yang ni la yang menyebaakan pengajar kita tak kiralah guru atau pensyarah mahupun ibu bapa kita tiba- tiba marah atau menegur semasa kita belajar. Nampak je kesalahan tu simple, tapi akan memberi kesan sampai bila- bila. Lagi- lagilah teruk untuk insan yang suka sangat berceloteh macam saya ni..erkkkk

Yang ketiga: TONGKAT

Ada tak antara kawan- kawan kita yang mengganggu kita seperti mengusik kita ketika belajar? Awas!!! dah terkena tongkat syaitan yang direjam tu. Haa!! hati-hati. Memang mengganggu kan lagi- lagi kalau dia mengganggu ketika subjek feveret kita. Bengang je..hehe

#Kesimpulan syaitan adalah musuh yang nyata!!!



3. Sentiasa kaitkan perkara yang dipelajari dengan kebesaran Allah dan keluasan ilmu-Nya.

Ketika belajar, cuba kita berimaginasi dan fikir- fikirkan setiap kejadian yang Allah cipta. Contoh macam fotosintesis, tumbesaran, pasang surutnya laut, peredaran bumi dan matahari. Subhanallah.. Indah dan sebenarnya membantu kita dalam pelajaran. Insya-Allah. Kita juga akan sedar betapa kecil dan hinanya kita sebagai hamba Allah.



4.Sentiasa berdoa agar memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dimudahkan jalan ke syurga.

Sesungguhnya doa itu senjata orang- orang mukmin tau!



5. Sentiasa beristighfar dan kembali kepada Allah apabila melakukan maksiat dan kesalahan sepanjang belajar.

Sebenarnya sepanjang hidup kita, kita akan melakukan kesilapan. Kita bukanlah nabi yang bersifat maksum (terpelihara daripada melakukan dosa).Sesungguhnya dosa yang kita lakukan tu akan memberi kesan negatif jika kita mengendahkannya dan dilakukan berulang- ulang kali. Kita akan mendapat positif jika kita bertaubat kembali kepada Allah Azzawajalla. Insya-Allah.


Selamat beramal dan sampaikan walau satu ayat! Semoga memberi manfaat kepada manusia sejagat. Ewahh!!

Penyeri Awal Pagi

Bahagia Allah kurniakan nikmat dapat tidur nyenyak. Walaupun begitu, pasti tiada manusia yang ingin tidur tak bangun- bangun bukan? Kalau dah terjaga tu , apa perkara pertama yang kita buat?

Ikuti langkah demi langkah ini. Mudah dan besar impaknya kepada hidup kita pada hari tersebut.

Langkah SATU

Sebut nama Allah. Boleh mula dengan doa tidur:




Langkah DUA:

Berwuduk




Langkah TIGA

Menunaikan solat


IMPAK
  
Kenapa tiga langkah di atas dicadangkan sebagai pemula awal pagi?
 Ini kerana syaitan yang kreatif dan inovatif tu sebenarnya mengikat kita dengan tiga simpulan.
Ketiga- tiga langkah di atas mampu memutuskan dan meleraikan simpulan- simpulan tersebut.

Apa kesannya apabila simpulan atau ikatan tersebut sudah terlerai? Kita akan bangun dalam keadaan bersemangat, rasa rajin, kerja pada hari itu begitu produktif, berfikiran positif dan pelbagai lagi.


#DIY(Do It Yourself),Gen-Q Isu No:15

Wednesday, 20 November 2013

Keluhan hati time semester break

Apa yang terjadi baru-baru ni  mengingatkan aku kpd sirah Nabi Yussuf. Pasti semuanya tahu kan kisahnya bagaimana? Ya, kadang kala kita terlalu leka dengan kisah- kisah dongeng yang direka Yahudi laknatullah yang sebenarnya meracun pemikiran anak-anak bangsa sekarang. Contohnya, Cinderella sanggup membohongi ibu tirinya untuk ke pesta tarian di istana, Snow White tinggal dengan 7 lelaki bukan muhrim, Sleeping Beauty sanggup biarkan lelaki yang bukan muhrim menciumnya dan macam-macam lagi. So, sebab tu banyak kes- kes sosial berlaku seperti pergaulan bebas dan anak-anak sekarang pandai berbohong. Aku pun penggemar filem-filem fiksyen sains. Kadang-kadang terasa diri sendiri ni ada jugak buat benda tak baik. Para ibu bapa seharusnya menceritakan kisah perjuangan sirah Rasulullah dan para sahabat. Begitu juga kisah-kisah nabi yang terdahulu. Dulu, zaman- zaman sekolah rendah, bersyukur sangat sebab mak dan abah hantar ke sekolah agama petang-petang. Belajar mengaji, sirah, aqidah, tajwid, bahasa Al-Quran, dan macam-macam lagi Ilmu Ukhrawi. Alhamdulillah berkat kesungguhan mak dan abah, aku berjaya jejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa. Tapi baru asasi. Sepanjang hidup ni, aku dapat perhatikan Allah sangat menjaga aku. Allah letakkan aku dalam kalangan orang yang terjaga akhlak mereka. Aku ada famili yang sangat sayangkan aku, kawan-kawan yang ambil berat, guru-guru yang prihatin. Terima kasih. Insha Allah, semua jasa mereka akanku balas walaupun dengan secebis doa.

Monday, 4 November 2013

2 hari yang HOT!!!

Semalam match Tok gajah vs The Red Warrior . harini, PRK DUN Sg.Limau...Tahniah kpd pasukan Tok Gajah n rezeki berpihak kpd Pahang. takpe TRW, anda menang dgn smgt penyokong-penyokongmu.. mengenangkan classmate2 ku penyokong kuat TRW..jgn sedih2..errr...sbnrnya tak tahu nk komen pasal ni. Then, kisah DUN Sg. Limau ,akhirnya berpihak kepada yang benar. Kuasa Allah, tak boleh nak duga. Hrmm, taknak komen lebih-lebih..tapi apa yang ak nampak, media tak banyak pun siarkan kemenangan tu??? Erk,ada ape-ape ke??? ni kata-kat daripada kawan cheq. Alhamdulillah dah masuk tahun jadid. Allah masih lagi memberikan kita nafas untuk terus hidup menjalankan tugas sebagai Khalifah fil Ardh. Salam Maal Hijrah buat semua insan yang ku sayangi.. dont forget to Thank You Allah,,sama tak lirik Farid Sanullah?? Hikhik..oklah,,Selamat tahun baru buat Umat Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti Semester yang tak terduga !!!!

Sememangnya awal cuti, memang excited nak spend masa kat rumah selama sebulan. Yelah, orang lain cuti pun cuti jugak, tapi kami dapat cuti awal seminggu..Agak seronoklah juga. Sesungguhnya, sebulan tak  buat ape2 kat rumah, pun bosan juga.. Sebelum cuti, budak kelas aku register subjek LQM 0516 (Quranic language level 5) untuk meneruskan pmbelajaran kami di CFS. Siap rancang lagi 18 orang register 1 kelas. Result final dijadualkan oleh bro Kamil akan keluar pada 31 Oktober. Tup-tup, rupanya 30 Oktober. Mulalah kelam kabut check result mcm check result SPM tahun lepas. Semuanya takut-takut termasuklah aku. Yeah,,LEM( english language) PASS!!! seperti yang ku target! Alhamdulillah arabic target level 5 je,,rezeki Allah nk bagi,,melompat terus ke level 6..and semangat la nk habiskan arab time short semester. haha,,berlagak jugak la dgn Aiman dpt buat core course arab n english time sem 3 nanti. sebab diorang tak pass english, tapi pass arabic. n diorang kna ambil time sem 3 nnti. Pikir2 jugak boleh jimatkan setahun setengah asasi ni..hehe.. Tengah hepi2 nak balik  CFS 4hb,,3 hari sebelum tu, Aqilah call kata ustaz Azlan (Academic Advisor Quranic Language Department) kata tak de offer untuk arabic level 6..Huaaaaa!!!!! maknanya punahlah harapan kami..hukhukhuk  T-T.  Agak terkejut dan tak percaya, sebab tak percayalah tak pasal2 suruh Aiman tanya ustaz yaidi (AA IRK Dept) samada kami boleh ambil core course lain short sem ni..rasa nak menangis dan frust ble kata terpulang kpd kekosongan. Amier rostam pun jadi haru..Lagi haru dpd aku..yelaa..dah redha awal-awal..kalau kena cuti,,cuti jelah..Lepas tu, masalah bukan setakat tu je,,habis effect dgn kerja-kerja society..eg.Rehlah, Tuisyen, Liqa..memang stress jugak la..ape lagi, terpaksala my bestfriend menadah telinga mendengar keluhan dan rintihan. sori ye teman-teman ku sayang. Program under DnW pun diputuskan postpone.. kata pakcik kecik si Hadi tu. Ermm,,cuti ni masih lagi tak tahu nak buat apa.. Yelah, sampai abah pencen la baru sambung balik...cepatkan masa berlalu. dah nak masuk 19 tahun.. tapi ape-ape pun,, kita merancang,, Allah yang menentukan.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah. kan!kan!kan!..buat Yokya,, jangan sedih-sedih kna ambil short sem. hehe!!!

Monday, 28 October 2013

Resepi Puding Ghoti (Roti) untuk cik Tirah....

Assalamualaikum...atas permintaan cik Athirah Azri memberku yang kiut miut,,hehe,,aku post kan lah resepi puding ghoti (roti ye,ate org Perak)...easy and simple je nk bt. Sbbnya resepi bleh ikot kepala korg..hehe..n usually if i make a bread pudding, i will tell my friend i make something sweet on that day. Dah 3 kali dah aku bgthu dia,, tapi sorry dear,u can hear only, not taste it..Takpe,, ill make for you..ya!!! Resepi ni korg surfing by internet pon boleh aihhh..kakak teman yang ajo....

Firstly,,

Sediakanlah bahan-bahannya.p beli kat kedai, semua ado..

1. Roti putih..
2. Butter
3. Telur
4. Susu cair (tak kesah nk letak susu sejat ka,,or susu fullcream)
5.tepung kastard
6. esen vanila
7. gula
8. garam

bahan hiasan     -Pecan (almond/ cashewnut/ ape2 kacang pun boleh)
                       - Dry fruit ( raisin/prune/kurma and whatsoever yg sedap bolh ltak,,nk bubuh halwa kundur pun xde masalah)

Sapukan butter sekeliling loyang or bekas nk ltak roti.

Sapukan butter kat each slice roti tu n susun cantik-cantik dalam loyang tadi. Buat selapis dahulu.
Taburkan dry fruit ( ikut sukala nk letak berapa banyak)
Then, continue with one more layer n taburkan pula dry fruit and pecan korg. 

OK!KERJA PERTAMA SELESAI!!!TAHNIAH

Next work.

Sediakan mangkuk yang boleh muat bahan2 nanti.
Pukul telur, gula, garam (secukup rasa), tepung kastard (satu sudu besar), esen vanila sehingga sebati.
Masukkan pula susu secukupnya.(Agak-agak dulu,kalau lebih 10 keping,boleh masukkan 1 tin susu sejat/separuh kotak susu fullcream)

Tuangkan campuran adunan tadi ke atas susunan roti korg yang cantik tu. Before tuang,tapis dulu ye. Pastu,tekan sikit supaya roti tu elok terendam dalam campuran susu. ^_^
 Erm,ada yang tanya,boleh ngap dah ke ??? Hahaha..Belum masak lagilah. Sebabnya, nampak sedap even tak masak lagi..Hihihi

Rendam dulu selama setengah jam, and bakar dalam suhu 150 darjah cekcius selama 20 minit (api atas bawah) 10 minit (api atas sahaja).

Siap!!!

kalau nak makan mcm tu je pun boleh, tapi usually mkn dgn sos kastard.

Bahan- bahan:

Susu cair
Gula
Esen vanila
Tepung kastard

Bancuh dulu semua bahan
Masak atas api sehingga sos agak pekat.




Telur, esen vanila, susu, tepung kastard with roti yang dah siap tersusun dalam loyang.



Rendam selama 30 minit


Dah siap!!! Dah kena ngap pun...>_<




Ni gambar cilok je..

Friday, 18 October 2013

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum..ermm, raya aidiladha tahun ni kurang meriah,Yelah org beraya , aku duduk rumah tak pergi mana-mana. Di pagi raya juga hujan rahmat turun mencurah-curah ke bumi ciptaan Allah s.w.t. Sejuk dan nyaman je rasa.Usually every year, family cik Yan akan beraya di rumah opah kami di Parit,Perak. Tapi opah takde kt rumah, tak dptla kumpul ramai-ramai kt rumah opah. By the way,Alhamdulillah kami enam beradik dapat berkumpul di rumah pada 11 Zulhijjah tu. Seronok rasanya tak terkata.Semenjak kakak-kakak dah berkeluarga,susah nk berkumpul satu famili. Inilah seronoknya bila ada adik beradik yang ramai. Ada pro n cons nya.Apalah perasaan seorang ibu atau ayah apabila melihat anak-anak tercinta pulang di hari raya.kan.Next, 9 Zulhijjah tu,alhamdulillah Allah bagi peluang berpuasa pada hari tersebut. Yelah,setahun sekali. Thanks to my friends, Rioh and Mumtaz serta Fahmi sbb bg galakn untuk bpuasa wlpn puasa sorg2 kt rumah. Kan aku dah kata, ukhuwah dapat dibina dengan apa cara sekalipun. Not impossible. Thanks jugak to my sis sbb masakkan untuk adik tersayang mknn bbuka. Malam tu excited buat puding roti untuk mak,abah,abang,kakak2 and Cik Ti. Hasilnya, menjadi!!! Dapat jugak mnjamu famili dgn air tangan sendiri.Sempat lagi ambil gambar buah hati 3 orang ni,Haziq,Hamza n Azim.


Haziq,Hamza and Azim with abah and mak. (senyum sokmo)