Monday, 19 May 2014

Just sharing

New semester is just around the corner. 8th June 2014. Belek- belek CFS IIUM Chatting Group tu, macam- macam soalan ditanya batch 2014/2015 kepada bakal- bakal senior. Sebagai bakal senior (sebab post ini ditulis pada 20 Mei 2014), apabila kita terlalu banyak Tanya, bagus. Nampak keterujaannya disitu. Tetapi yang tak bestnya, macam- macam dah tahu sebelum masuk ke sesuatu kawasan.

Tahu antum semua takut, tapi kat sini nak kongsi pengalaman menjadi pelajar tahun pertama yang ana sendiri lalui.
Pertama, ana merupakan pelajar lepasan SPM yang menuntut di sebuah sekolah agama dibawah kerajaan persekutuan. Sebuah sekolah berasrama penuh. Ketika di bangku sekolah, ana bukanlah seorang pelajar yang sentiasa didedahkan dengan system pendidikan Malaysia, jadi hanya apply matrikulasi sebab masa tu memang bercita- cita nak ke matrikulasi KPM.
Apply 3 buah kolej matrikulasi, iaitu KMPk, KMS,dan KMPP.. Selain itu, apply UPU sahaja. IPG dan sebagainya,,, tak apply sebab tak faham pro n consnya.
Dalam UPU, pilihan UIA sebanyak 3 jenis jurusan, Bahasa Arab, Sains Kemanusiaan, Kejururawatan. Apply punya apply, ceritanya tak dapat. Matrik dapat pulak, tapi jauh la pulak. Kolej Matrikulasi Kedah. Alhamdulillah masih diutara.
Nak tak nak, sebab hati dah berat pergilah juga. Tapi sebelum tu, hantar juga proposal ke pejabat Pusat Asasi UIAM. Tapi paksu yang settlekan semuanya sebab paksu dah kerja di CFS lebih 20 tahun. Tapi tak menaruh harapan lansung sebab fikir susah. Yelaa, UIA kan antara universiti terhebat di Malaysia (juga u pilihan masa kecil). Tapi memang serius tak berharap, cuma terpulang kepada Allah sama ada dapat.
Duduk menjadi pelajar KMK selama 3 minggu, dah rasa seronok kat sana. Tapi malam tu, selepas solat Isyak, hati tergerak nak solat hajat. Buatlah. Dalam doa, ana Tanya dan minta pada Allah, jika tempat ana di KMK, kekalkanlah. Sekiranya bukan di KMK, tempatkanlah di tempat yang lebih sesuai dan lebih baik. Then tidur.
Esok pagi, dah rancang nak beli barang kat C-Mart Changlun dengan salah seorang roommate, kira dalam waktu tengah hari cadangnya nak keluar. So pagi tu lepas sarapan, duduk- duduk dengan roommate. Tiba- tiba, dapat satu panggilan dari Kuala Lumpur. Dalam hati, “eh, siapa ni?.. Then jawab. Seorang wanita di talian. Ana bahasakan Miss.

Ana: Assalamualaikum.
Miss: Waalaikumsalam. Ini cik Munirah binti Shaari ke?
Ana: Ya saya.Ada apa ya.
Miss A: Saya daripada Pejabat A and R Pusat Asasi UIAM. Saya nak maklumkan permohonan dalam jurusan IRK atau Islamic Revealed Knowledge cik diterima. Cik dikehendaki membuka satu laman web yang saya beri, kemudian click Accept atau reject. (miss A bg link).
Ana:ok.( pi ambik kertas n salin link yang miss A bagi)
Miss A: Pendaftaran pada hari sabtu daripada pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Ana: Bila miss?
Miss A: Esok pagi. Ya hari ini Jumaat.
Ana: Ya Allah, tapi kalau saya terima, dan daftar lambat macam mana?Boleh ke? Saya ada di  Kolej Matrikulasi Kedah ni. Jauh ni.
Miss A: Hrmm….. boleh tapi cik perlu faks kan surah delay daftar sebelum 12 pm esok.
Ana: Oh, macam tu, Terima kasih.

Dalam hati ini, Ya Allah,, macam mana ni? Minta roommate pinjam laptop dan survey pasal course IRK. Then bagitahu mak nak buat apa. Mak kata cuba Tanya nyah( kakak). Kakak kata kalau minat, pergilah. Tapi masa tu fikir kesian kat mak abah nak ambil jauh.
Last- last Tanya abah. Abah suruh pergi juga. Ok. ACCEPT!
Petang tu pergi outing dulu sebab mak kata nak ambil Ahad memandangkan memang cadang nak ambil surat keluar kolej kat HEP KMK. Pergilah outing macam biasa, tapi tempat lain. Pergi jalan- jalan kat Jitra Mall. Kononnya nak raikan saat- saat terakhir bersama. Then sempat juga roommate semua belikan hadiah hari lahir.
Masa makan tengah hari kat rumah seorang kawan n, tiba- tiba mak call kata nak ambil haritu juga. Dean kata klau tak daftar Sabtu, kena tunggu masuk bulan 11. Agaklah.. Tapi kata kat mak.
Ana: Mak,takpe ke? Duit semua dah bayar.
Mak: Takpe, duit boleh cari. Siap semua barang, print surat semua. Pkul 3 mak gerak ambik kamu.
Ana: Ok.
Bagitahu roommate nak balik cepat. Nak kemas barang. Kami pun balik.
Sampai ke kolej, sebelum tu bagitahu schoolmate semua nak pindah UIA. Berlari- lari nak balik bilik, tiba- tiba salah seorang schoolmate panggil dari jauh. Rupa- riupaya mereka dah menunggu. Berlari then terus menangis sambil peluk kawan. Berderai- derai air mata sebab perasaan masa tu tengah bercampur baur. Thnks pada Widad, Sal dan Yana sebab pujuk ana.
Rupanya felo dah dua tiga kali panggil nama sebab dia risau. Ana berlari prgi bilik gerakan felo nak isi borng. Mak aih, ramainya dapat tawaran. Sebelum tu terjumpa Insyirah. Masa tu Insyirah tengah print surat tawaran. Dia pun dapat course yang sama. Selamat berjumpa! Ana pesan pada dia.
Then lari ke bilik gerakan felo. Masa tu ingatkan nak jumpa Miss Aza, felo merangkap lecturer MUET. Tak dapat juga jumpa. Takpelah.
Naik- naik bilik je, tersilap level. Rupanya salah level 3 sedangkan bilik kat level 4. Masuk- masuk, semua barang dah siap di kemas. Terkejut juga tapi memang dah boleh agak. Thanks sangat- sangat pada roommate- roommate tersayang, Ella, Raja dan Izzati sebab tolong kemaskan. Alhamdulillah tergerak hati sehari sebelum nak basuh semua baju. So, settle Cuma tunggu mak sampai. Then text classmate. Kena bagitahu budak bising sorang ni nak pindah. Habisla senyap sunyi dah kelas tu.
Pukul 9 malam bergerak ke Kuala Lumpur. Pukul 3 pagi sampai di Tanjung Malim. Rehat habis. Segala surat menyurat, form memang tak tengok dah.

SEMASA PENDAFTARAN
Kawan baik pesan pakai tudung putih. Tapi tibai je pakai tudung ungu. Dia hanya pesan pasal APT, EPT dan FKT sahaja, mahallah n bla..bla..bla.. disebabkan takde tudung putih dank ain putih, pinjamla paada schoolmate.
Memang macam rusa masuk kampong tak tahu apa- apa. Pergila daftar segala benda,bayar yuran.Ha, tak tahu apa- apa lansung. Tak tahu pula Puan Sri Banun mencari- cari. Haha. Dapat Mahallah Zainab. Tapi tingkat paaaaling atas. Tak tahulah macam mana mak abah abang angkat barang- barang tu semua.

Masa tula tahu ada Taaruf Week. Exam tu, test ni. Apa tu exempted. Macam budak darjah satu. Kenal kawan- kawan baru. Ingatkan depe ni makan orang. Haha. Takdelah.
RAFEST, SMAC ana kenali semua ketika di CFS..memang masuk tak ada taaruf lansung.

Akhirnya, sampai juga penghujung semester akhir 2013/2014..ISRAK, AGD, DNW, PUBPRO,ENTREP,MEDCY,FOCHUSS,MELEX,MAHALLAH ZAINAB JAHSY,JUWAIRIYAH,KHAULAH AL AZWA, CAFE E, ALI BISTRO, Usaz Sudan, ustaz Kadir..huhh..macam- macam. Tak da beza pun Antara masuk dengan penuh persediaan dengan masuk dengan tak tahu apa- apa. Dua- dua berjaya survey life kat sini. Tapi advance la klo thu sikit- sikit. Kenangan lebih lagi pada yang tak tahu.







Wednesday, 2 April 2014

Pembaharuan_2April2014

Hari ini, 2 April 2014... Kira- kira balik dalam 5 minggu lagi semester 3 2013/2014 menghampiri hujungnya.. Umur pun dah meningkat tua.. 18 move to 19..huhuh..Alhamdulillah dah besar dan dewasa..

Everyday, ada sahaja perkara yang terjadi..tanpa diduga..Mengenali kenalan baru, mencuba sesuatu yang baru.. Kini aku dah dewasa.. kena fikir lebih jauh.. Soal keluarga, cita- cita dan cinta. Tak dinafikan kesibukan aku ketika belajar ni menyebabkan aku menjadi seseorang yang lebih baik.. Itu tanda kasih sayangNya yang tak pernah tinggalkan hambaNya.

Jelous jugak tengok kawan2 yang dah nak masuk degree dah september ni,, tapi tak pe.. UIAM ada keistimewaannya. Sistemnya yang berbeza dengan universiti yang lain. Dah dapat tempat pun kat sana tu ha.. Takdela risau sangat.

 Bagi aku, tak dapat ke international university, bak kata lainnya oversea la,, dapat jugak duduk dalam suasana international. Duduk dengan bangsa yang bervariasi..haha..variasi,,teringat kenangan forum sekolah dulu.. Bersama rakan dan junior seperjuangan. Itu sekitar 2 tahun dahulu. Ketika 17 tahun, masih keanak- anakkan. Perangai gila- gila ni tak dapat diubah sampai sekarang, malah menjadi penghibur suasana.. 

Sebelum tu, sekarang sedang bersiap sedia untuk final yang bakal menjejak dalam 30 hari sahaja.. Bermakna gelaran ku sebagai pelajar tahun pertama bakal berakhir 30 hari lagi sahaja.

Subjek- subjek_Quranic language, Religions In Malaysia, Intro To Human Sc. bakal aku tinggalkan secara zahir, tetapi tersemat didalam minda long term ku.. Sesungguhnya aku sangat seronok menemui apa yang aku cari selama ni. Semuanya takdir dan petunjuk Allah.


2014/2015

Semester baru bakal bermula, bermula dengan gelaran baru, subjek baru, rakan baru, pensyarah baru dan muka- muka baru..

Jadi, perancangan dan strategi perlu baru..

Kata seorang pensyarahku, orangnya muda,

"Seseorang yang bijak, belajar daripada kesilapannya, seseorang yang cerdik (excellent) belajar daripada kesilapan orang lain.

Lucy Heartfilia: " You have three choices; you can give up, give in, or give it your all..."


Buat IR Knight, selamat berjuang!


@Khalid Al-Walid,@ISRAK@SportMartialArtsCarnival2014#SMAC2104


Yuftah Alaina


~ISLAMIC WARRIORS ARE REBORN~




Saturday, 15 March 2014

- Urus Masa, Disiplinkan Diri -









15 Mac 2014, hasrat aku untuk membeli jurnal inspirasi dan planner akhirnya diizinkan Allah. Cuma tugas aku kali ini, perlulah menggunakan jurnal dan planner tu sebaik mungkin dan istiqamah dalam usaha untuk ubah diri, perbaiki diri serta apa yang aku impikan untuk menjadi seorang yang berjaya dari segi akademik, pengurusan masa, ekonomi, sahsiah, Habluminallah dan Habluminannas.

Meskipun harganya jurnal yang nipis tu agak mahal, tapi tak bermakna aku tak mampu beli. Dengan rezeki yang ada, aku gunakan juga untuk sesuatu yang baik. Tak salah kan?
Doakan aku berjaya mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik. Menjadi yang terbaik antara yang terbaik. 




JURNAL INSPIRASI_by PROF MUHAYA

PLANNER--pemudah urusan aku
   Planner pulak dalam bahasa melayunya adalah perancang. Dengan adanya planner, sebenarnya tanpa kita sedari kita telah merancang masa dengan betu. dalam planner ni ada empat bahagian :

1. Monthly planner- catatkan semua program, aktiviti, tarikh- tarikh penting spt peperiksaan besar

2. Weekly planner- catatkan semua aktiviti yang perlu dilakukan secara detail mengikut minggu, exp: tarikh due date hantar assignment, meeting, tarikh test, kuiz.

3.Things to do- exp: outing, revision, task and assignment, hafal Quran

4.Notes- catatkan sebarang perkara untuk memtangkan diri kita/ arahan- arahan lecturer.

Yang menariknya, dalam planner yang aku ada ni mengandungi kata- kata penguat semangat daripada tokoh- tokoh di dunia ni serta ada Mutabaah Ibadah kita. Jadi, kena rajin menanda!

The last, tengok hasilnya.. Jom! Sama- sama!


Tapi sebelum tu, kan aku kata 3 benda penting dalam hidup aku, yang lagi satu adalah Terjemahan Al- Quran yang aku sayangi. Terjemahan Al- Quran tu adalah hadiah pemberian sahabat aku ketika tingkatan 4 semasa bersekolah di SMAP Kajang. Walaupun rupanya tak seelok dulu, tapi aku tekad menjaganya. Disebabkan saiznya yang kecil, senang aku nk bawa..Bukan takde yang besar, ada je, tapi yang tu lagi senang aku nak guna. 



Asalnya warna Hijau, tapi dibalut dengan kertas pembalut merah..


Kalau sehari aku tak baca, aku dapat rasakan, ada sahaja perkara sia- sia aku lakukan.. Betapa hebatnya kuasa Allah yang Allah sampaikan melalui KalamNya. Terima kasih buat sahabat yang aku sayangi sebab mendorong aku untuk melakukan sesuatu yang baik. Besar pahala yang diperolehi. Niat nak menjadi Hafizah tu ada juga, tapi rasa tak mampu.
Nak mengahafal bukanlah satu kerja yang mudah. Memerlukan usaha dan disiplin yang tahap superb duperblah. Tapi apa- apa pun, tolonglah doakan ye. Hrmm, dalam sibuk- sibuk ni, jangan kita abaikan tugas kita sebagai khalifahNya. Berat tu! Sentiasa positifkan diri, hargai masa, hargai kebolehan diri..

Sengaja aku kongsikan sebagai cadangan buat kawan- kawan yang lain. Nak bantu antum sebagai pelajar dalam mengurus masa. Apabila terurus masa, maka segalanya pasti terurus. ^_^

Thursday, 13 February 2014

Contengan blog merah putih -Annura Izzah ~Positive VS Negative~

Pernah tak kadang- kadang rasa down, tak bersemangat, stres dan segalanya negatiflah. Apa benda pertama yang kita fikir?  Kadang- kadang kita akan mencari kesalahan orang lain, mengatakan yang kita ini betul. Betul tak. Kadang- kadang pernah tak kita terfikir apa yang kita lakukan berpaksikan niat kita sama ada baik ataupun sebaliknya? Cuba fikirkan. Dalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa (sebab aku adalah mahasiswa), ataupun pelajar sekolah, tadika pun bolehlah...kenapa kita rasa macam tu???Ha kenapa? 


Kenapa?

Jawapannya (berdasarkan pendapat aku)....

Semua tu datangnya dari minda negatif kita. Yelah, kadang- kadang kita penat dan letih. Kadang- kadang kita selalu mengeluh, "penatlah",, " ah! aku dah tak larat nak buat semua kerja tu". Dan kadang- kadang suka salahkan orang lain. Aku tulis ni sebab tu salah satu perangai tak best bagi diri aku. Kakak usrah aku kata, semua tu perlu dilawan. Dengan apa? Jihad! Jihad terhadap diri sendiri adalah salah satu jihad yang kadang- kadang susah nak dilaksanakan. Kadang- kadang kita asyik suka melengah- lengahkan untuk berubah, dan suka hasut diri kita. Tak dapat hidayahlah.. Tak ready lah. Aku ni tak layaklah jadi baik. Lianna Allah dah jadikan kita ini fitrahnya baik. sejahat- jahat manusia pun kalau Allah sayangkan dia, dia boleh menjadi baik.Pengalaman aku sendiri. Dulu aku bukanlah seorang yang Muslimah yang perfect. ~ Takde pun manusia perfect selepas Rasulullah ~..Ujian yang datang kepada aku adalah ujian untuk solat. Masa kecik dulu, aku pernah menangis sebab kena paksa solat. Solat fardhu faveret aku masa tu adalah solat Maghrib. Sebab tu adalah solat yang simple bagi aku. Jadi tengahari tu, mak long aku suruh aku solat. Jadi aku pun solat, tapi, mata aku memandang ke televisyen yang tengah tayang drama apa ntah. Aku pulak memang seorang yang manja. Tiba- tiba opah saudara aku tegur..ahaha,,, tak semena- mena air mata aku meleleh. Yelah, dahla kena paksa, pastu kata- kata opah saudara aku tu memang pedas dan tak memberi sokongan lansung...Hahaha.

Seterusnya, aku duduk asrama. Solat fardhu aku terjaga kat sana. Tapi, bila balik rumah, rasa malas yang amat. Malas beno nak solat. Aku ni cepat stres kalau buat salah. Tapi aku teringat kata- kata kakak aku. Masa tu nak pergi Teluk Batik. Dia tanya pada aku dan sepupu- sepupu aku sama ada kami dah solat sebelum jalan- jalan. Kami pun jawab tak. Aku jenis tak berani bohong. Kata- kata dia, "kalau kome (kamu semua) ditakdirkan mati masa tengah on the way ni, dengan keadaan berdosa sebab tinggalkan solat, apa kamu nak jawab dengan Allah?". Aku tersentap. Sampai sekarang aku masih lagi teringat kata- kata dia.

Start pada hari tu aku tak berani nak tinggalkan solat. Tapi ujian demi ujian datang. Kadang- kadang dulu selalu tinggalkan subuh, sebab bangun lambat, pastu Isyak sebab tidur awal. Jadi, aku lawan sebab memang banyak bagi kesan negatif terutamanya terhadap akhlak dan akademi. Alhamdulillah aku dapat lawan segala anasir- anasir negatif berkaitan solat. dah besar ni, aku makin faham, Allah jadikan solat ni sebagai alat/ medium untuk kita berbicara denganNya. Allah akan uji kita dengan macam- macam ujian. Lagi banyak ujian, lagi besar kasih sayang Allah kepada kita. Kita akan jadi lebih matang dan bersedia bila menghadapi ujian yang bermacam- macam ni.

Lepas solat Maghrib tadi, kak long jiran satu level kat bilik aku tu, mai bilik ni ha. Muhasabah diri bersama-sama kami. Dia banyak share dengan kami pengalaman hidup dia ketika berada di alam persekolahannya.  Dia kata, kadang- kadang bila kita nak dakwah, kita kena masuk dalam situasi mad'u tu. Jangan kerana menganggap kita ni terlalu baik kita hina, perli. Lagilah jatuh semangat dia untuk berubah. Sebabkan perangai yang satu ni, mad'u -mad'u yang kita nak dakwah ni akan automatik memandang serong kepada si daie. Macam kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita pun taknak dilabelkan sebagai kolot wa poyo wa hipokrit daripada mereka. Buang sifat memandang rendah terhadap golongan sebegini. What you gives, you will get it back. Jahat kita bagi, lagi buruk Allah buka aib kita. Jadilah seperti sebatang pokok, walaupun dicampak dengan batu, tetapi tetap menghasilkan buah dan memberi manfaat kepada umat manusia.

Lagi satu, kita kena selalu berfikiran positif atau bak kata sape- sapelah, Husnuzon dengan sesetiap pahit getir yang kita lalui. Kerana hidup ni penuh dengan hikmah. Formulanya senang je. Buat sesuatu tu untuk mencari mardhatillah yakni keredhaan Allah. Bila kita lakukan sesuatu kerana Allah, kita akan rasa setiap kerja akan menjadi senang. Bila rasa nak buat kemungkaran dan pendustaan, fikirkan sama ada perbuatan itu mendapat redha Allah atau tidak. Bila Allah redha, hidup akan berkat. Tapi syaratnya, sentiasa berjihad di jalan Allah,
 amalkan konsep amar ma'ruf wa nahi mungkar. Think positive, you will act positively! My life's motto.



Syukran kathir. Kun Haziran!

Sunday, 9 February 2014

OUTLINE RIM_edited

   Malaysia is well known as multiracial country in the world. There are more than three races of its nation such as Malay, Indian and Chinese as major races. Punjabi is also one of the races in Malaysia. Punjabi is a unique race based on it faith, rituals, rites and its festival. One of the festivals is known as Vaisakhi festival.

Vaisakhi also known as Baisakhi, Vaishakhi, or Vasakhi is a festival celebrated across the northern Indian subcontinent, especially in the Punjab region by the Sikh community. More recently, this festival is also celebrated around the world by Sikh diaspora. For the Sikh community this festival commemorates the establishment of the Khalsa. It is also celebrated by Hindus and Buddhist for different reasons including the start of a new year. People in the Punjab region regard Vaisakhi as a harvest festival.

Baisakhi or Vaisakhi Festival is celebrated as the Sikh New Year and the Foundation Day of Khalsa Panth. History of Baisakhi traces its origin from the Baisakhi Day celebrations of 1699 organized by the Tenth Sikh Guru, Guru Gobind Singh to form Khalsa- Brotherhood of Saint Soldier to fight against tyranny and oppression.
Vaisakhi is celebrated as a harvest festival by the large farming community in the states of Punjab and Haryana. Since Vaisakhi falls in the middle of the month of April (April 13), Vaisakhi marks the harvest time of the rabi (winter) crops. Farmers are loaded with cash at this time and are in full mood and spirit to enjoy the fruits of hard work as they celebrate Vaisakhi. The auspicious festival of Baisakhi is celebrated on first day of Vaisakh month (April-May) according to the Nanakshahi calendar. Hence, the festival of Baisakhi is also popularly known as Vaisakhi .


According to English Calendar, Baisakhi falls on April 13 every year and on April 14 once in every 36 years. This variation in date is due to the fact that date of Baisakhi is reckoned according to the Indian solar calendar and not the lunar calendar. The date of Baisakhi festival has tremendous significance in Sikhism.

Sikhs all over the world celebrate the day with lot of enthusiasm and gaiety. Festival of Baisakhi is celebrated as a Thanksgiving Day by the farmers. People wake up early on the day and take bath in holy river and pay a visit to the temple or gurdwara (Sikhworship place) and take part in special prayer meeting. Farmers thank god for the bountiful harvest and pray for good times in a coming year. Many people also perform charity on the day as a custom. Vaisakhi marks the beginning of the new spring year and the end of the harvest of rabi crop in India.The cries of “Jatta aai Baisakhi" rent the skies as the people of Punjab attired in their best clothes break into the Bhangra and Gidda dance to express their joy. As a tradition men dress up in colourful lungi, kurta and pagri while womenfolk clad themselves in salwar kameez or lehenga. They further adorn themselves with loads of jewellery. After a special ardas of kirtans (religious songs) and discourses kada prasad (sweetened semolina) is distributed to the congregation. Later, people sit in rows to relish the langar or community lunch prepared and served by kar sevaks or volunteer.
In Islamic perceptive, in order to show our gratitude toward the bounty given by Allah, we have to worship Him and follow the Comandment and Prohibition of Allah, not by visit the Gudwara and performing dance as be doing by the Punjabis. Besides, Muslims are banned to join the celebration of other religions. Muslims are forbidden to celebrate Vaisakhi because it will lead us to shirk to Allah based on surah An- Nahl verse 106. Allah said “Whose denies Allah after believing Him save him who is compelled and his heart is firm in beliefs, yes whose becomes infidel with open heart.Upon them is the wrath of Allah and for them is the great torment”. In Vaisakhi, there are having open dancing which are “bangra” and “giddha” that are involving free mixing between men and women. Islam prevents free mingling between male and female in any of our activity. Furthermore, Islam command the Muslims to celebrate any festival in moderation way.

In conclusion, Punjab celebrated Vaisakhi as the Sikh New Year and as a harvest festival on April 13. Vaisakhi is a unique and important celebration for Punjab community. Vaisakhi is celebrated with a happiness and enthusiasm by dancing and singing between male and female to show a thanksgiving day. Men also dress up in colourful lungi, and they adorn themselves with loads of jewellery.



# Edited by Intan Dalili
e


Saturday, 1 February 2014

OUTLINE PERTAMA UNTUK RIM_before submit to madam.

Ni untuk kawan2 aku yang dok request cmne nk buat outline Rim...ni untuk tajuk yang grup aku dapatlah..tp belum disemak madam tau..just tgk je. dan conclusion tlupa nak buat..tuu,,, kerja Intan...hikhik



Vaisakhi in Sikhism

Malaysia are well known as multiracial country in the world. There are more than three races of its nation such as Malay, Indian and Chinese as major races. Punjabi is also one of the race in Malaysia. Punjabi is an unique race based on it faith, rituals, rites and its festival. One of the festival was known as Vaisakhi festival.

Vaisakhi also known as Baisakhi Vaishakhi, or Vasakhi) is a festival celebrated across the northern Indian subcontinent, especially in the Punjab region by the Sikh community. More recently, this festival is also celebrated around the world by Sikhdiaspora. For the Sikh community this festival commemorates the establishment of the Khalsa. It is also celebrated by Hindus and Buddhist for different reasons including the start of a new year. People in the Punjab region regard Vaisakhi as a harvest festival.

Vaisakhi is celebrated as a harvest festival by the large farming community in the states of Punjab and Haryana. Since Vaisakhi falls in the middle of the month of April (April 13), Vaisakhi marks the harvest time of the rabi (winter) crops. Farmers are loaded with cash at this time and are in full mood and spirit to enjoy the fruits of hard work as they celebrate Vaisakhi Festival.

Next, as the day progresses, loud cries of “Jatta aayi Baisakhi”reverberate in the sky as men and women move towards the field to celebrate the harvest festival. As a tradition men dress up in colourful lungi, kurta and pagri while womenfolk clad themselves in salwar kameez or lehenga. They further adorn themselves with loads of jewellery.


In addition, Major attraction of Vaisakhi celebrations in villages is the performance of energetic bhangra and gidda dance by men and women respectively. This very popular traditional folk dance is performed in-groups on the fast beat of dhol. Dancers perform everyday farming scenes of sowing, harvesting, winnowing and gathering of crops through zestful movements of the body to the accompaniment of ballads.Later during the day, people exchange greetings with friends, neighbours and dear ones and relish best of world famous Punjabi cuisine.

Moreover, Colourful Baisakhi Fairs are organized at several places in Punjab to mark the harvest festival of Baisakhi. Performance of bhangra and gidda dance besides other recreational activities make Baisakhi melas a major crowd puller. People also indulge in shopping and eating spree in the numerous stalls set up in the fairs.





Kalau dah jodoh tak kemana!!!



Kisah Zulaikha dan nabi Allah,Yusuf terdetik dihatiku untuk aku coretkan, sebab menarik dan sangat bermakna buat aku.

 Kisah bermula Yusuf di ambil oleh Raja Al-Aziz yang kaya menjadi anak angkatnya. Ternyata Yusuf membesar menjadi seorang yang tampan. Dikatakan ketampanannya 9:10 ketampanan lelaki-lelaki yang wujud di muka bumi Allah ni. 

Manakan tidak, sehingga Zulaikha terlalu mencintai Yusuf. Zulaikha sanggup mencuba apa jua cara sekalipun asalkan Yusuf dapat menjadi miliknya. Itulah ujian Allah buat seorang wanita yang lemah digoda syaitan. 

Zulaikha sanggup menggoda Yusuf dan menabur fitnah pada Yusuf sehingga sanggup untuk menodai Yusuf. Tetapi Allah Maha Adil.

 Zulaikha terbukti bersalah dan diceraikan suaminya. Dia juga dibuang Raja Al-Aziz. Setelah Yusuf dipenjarakan setelah doanya diperkenankan oleh Allah, dia menjadi seorang yang hebat. Zulaikha pula menerima hidayah Allah. Di dalam hatinya cuma ada Allah Khaliq yang Azim. 

Suatu hari, ketika berada di sebuah pasar, yusuf pada ketika itu merupakan insan yang hebat dan terkenal menjumpai Zulaikha. Pada ketika itu, rupa paras Zulaikha yang cantik dan rupawan, Allah hilangkan.Di tukarkan seperti seorang nenek tua yang tidak mempunyai daya penarik lansung seperti dahulu.

 Yusuf bertanya siapakah insan yang berada di hadapannya. Zulaikha pun menjawab bahawa dialah insan yang telah cuba menghancurkan iman Yusuf. Kerana rahmat Allah, Yusuf mengambil Zulaikha sebagai isterinya.

 Zulaikha dikurniakan semula kecantikannya yang berganda cantiknya daripada wajah asalnya. Allah takdirkan Yusuf pula yang mengejar cinta isterinya itu sepertimana Zulaikha mengejar Yusuf ketika Zulaikha cuba menggodanya.  

Kalau jodoh tak kemana kan?!


Sweet tak????hikhikhik